Ini merupakan satu berita buruk kepada parya wanita di luar sana kerana satu kajian telah dijalankan oleh seorang pakar kulit dari St. Tropez, Nichola Joss pada tahun 2013 telah mendapati bahawa wanita akan kelihatan lebih tua dan hodoh pada setiap hari Rabu jam 3.30 petang. Ini adalah kerana kesan kemuncak daripada tekanan kerja dan kesan daripada berjaga sehingga lewat malam pada hujung minggu. Memetik dari sumber The telegraph Nicola Joss telah berkata : “Penemuan ini satu perkara yang menarik kerana pada hari Rabu jam 3.30 petang adalah masa untuk para wanita meihat diri mereka lebih tua daripada biasa. Tekanan kerja yang memuncak di waktu tengahari pada hari rabu yang menyebabkan wanita kelihatan lebih tua daripada usia sebenar mereka.” Kajian yang dijalankan oleh Syarikat St Tropez ini, menyatakan bahawa dua pertiga daripada wanita mengalami situasi kurang bertenaga pada waktu tengahari setiap rabu. Credits https://dailyrakyat.com/perhatian-kepada-semua-wanita-anda-akan-keliha...