Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2015

Din Beramboi Seorang Penyanyi

Sungai Batu Diterokai Melayu Kini

AWAL tahun ini genap 7 tahun penerokaan Tamadun Sungai Batu yang berjaya menyingkap pelbagai rahsia tamadun bangsa melayu dan selama itulah pelbagai bukti artifak dijumpai. Dari tapak candi, jeti pelabuhan sehingga ke tapak peleburan besi yang menunjukkan tamadun Melayu telah mahir dalam ilmu besi seawal 500 tahun sebelum Masihi (bahkan mungkin lebih awal dari tarikh itu sekiranya penyelidikan dapat terus dijalankan). Selain itu, besi-besi yang dihasilkan oleh tamadun agung ini bukanlah sebarangan besi, bahkan menjadi pengeksport terbesar besi ke serata dunia dan dikenali sebagai pusat penghasilan besi yang paling berkualiti ketika itu. Maka amatlah sayang sekiranya tapak peleburan besi tercanggih di dunia ini lenyap hanya kerana tiada kesungguhan daripada pihak kerajaan di peringkat pusat mahupun negeri, atau mana-mana pihak berwajib untuk mempertahankan warisan agung ini dan akhirnya akan lenyap dan terhapus segalanya. Selain itu, kemungkinan besi yang terhasil di Sungai Batu