Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2014

IDF or Zahal

Israel (Israeli Defence Forces IDF) atau nama singkatannya, Zahal, digeruni. Secara khususnya, segala aset nasional perlu memainkan peranan utama dalam mencapai matlamat mengekalkan kewujudan negara Israel. Terdapat lapan prinsip utama yang digariskan sebagai strategi nasional Israel. Pertama, Israel adalah satu bangsa yang bersatu berjuang (a nation in arms). Kedua, ia menggunakan konsep pertahanan (defence) sebagai strategi tetapi operasi ketenteraannya bersifat ofensif (menyerang). Ketiga, semua peperangan yang membabitkan Israel perlulah pendek untuk mencapai matlamat tertentu. Keempat, Israel menyusun serangan peperangan menggunakan tenaga dan kerjasama pasukan kereta kebal dan pesawat pengebom. Kelima, Israel mementingkan kualiti anggota tentera daripada kuantiti. Keenam, dengan menentukan di mana garis merah dan sekiranya ada ancaman, Israel cepat menghukum lawannya. Ketujuh, Israel berpegang teguh kepada konsep tidak bergantung kepada sesiapapun (self-reliance). Akhir seka