Skip to main content

TANDA TANYA???PESAWAT MH370: 'RED FLAG' ATAU 'FALSE FLAG'??

Ada konspirasi dalam tragedi ini ??
Diambil dari   http://megachannelz.blogspot.com/2014/03/pesawat-mh370-red-flag-atau-false-flag.html





1. MUQADDIMAH


Lihatlah insiden MH370 dengan pandangan matahati. Jangan terbuai dengan naratif huru-hara yang sedang 
disogokkan kepada anda supaya anda tidak melihat percaturan sebenarnya.


Anda sedang berhadapan dengan musuh-musuh yang tersembunyi dan sangat pakar dalam operasi false flag. 
Saya sudah acapkali menekankan kepentingan Malaysia dan perairannya. Hari ini kita melihat mereka maju 
setapak lagi dan dengan mudahnya Malaysia diheret ke persada kacamata dunia atas sebab-sebab yang tidak
 diingini, bersama pihak-pihak yang berkepentingan.


Imam Tirmidzi meriwayatkan dari Abi Sa'id ra dari Nabi saw bahwa baginda bersabda: “Takutlah kamu
 kepada firasat orang mukmin, kerana ia memandang dengan cahaya Allah Azza wa Jalla.” (HR Tirmidzi)


Kemudian baginda membaca ayat: "Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda
 (kekuasaan Kami) bagi ‘mutawassimin’ (orang-orang yang memperhatikan tanda-tanda)." (QS Al-Hijr: 75)

i. KEPADA SIAPAKAH SAYA TUJUKAN ARTIKEL INI

Seorang sahabat di alam maya yang baru saja saya kenali datang bertanya di inbox:

BWW: Salam .. bro .. ada klu tentang kehilangan MH370 ?
08/03/2014 17:16

Saya berharap ini kali terakhir saya melahirkan pandangan saya mengenai MH370. Sebagai menghormati
 permintaan beliau maka saya sampaikan sedikit pandangan saya. Saya tidak mahu terlibat dengan percaturan
 yang tiada kesudahan ini. Kalau ada yang beroleh manfaat dari artikel ini selain dari saudara BWW, maka
 fikir dan kembangkanlah.

Saya tidak ada keperluan mendekati sesuatu isu secara apa yang kononnya diistilahkan sebagai "pendekatan
 ilmiah". Saya tidak perlu pada justifikasi dan pembuktian yang terperinci, maupun perdebatan yang tiada
 kesudahan. Kami membaca pergerakan mereka pada kadar yang 'manasabah' dan samasekali tidak akan
 terlibat dalam permainan putar alam mereka. Sidang pembaca boleh membuat interpolasi selanjutnya.
 Saya sekadar menyampaikan bahawa kalian sedang disasarkan, itu saja.

Perkara pertama yang menarik perhatian saya sebaik sahaja menerima khabar mengenai MH370 ialah
 kesungguhan luarbiasa CNN dalam memberi liputan berita terhadap insiden ini dari detik-detik permulaannya.

Bagi kami apa saja yang timbul dari CNN adalah berita buruk, "CNN is bad news.". Inilah klu pertama saya
 sebenarnya. Saya membaca ramai yang terpengaruh dengan liputan berita CNN pada detik-detik awal
 tercetusnya berita tentang insiden MH370, lalu saya pun turut serta mengikuti liputan CNN dengan harapan
 bahawa Malaysia tidak dihadiahkan dengan 9/11 mereka.

Saya masih berdoa agar mereka itu yang di dalam pesawat MH370, mangsa-mangsa kelompok sang perosak
 mukabumi, agar segera muncul dengan selamatnya di hadapan kita semua supaya anda boleh mengabaikan
 peringatan dan pesanan ini.

ii. RICHARD QUEST & SILAPMATA KLASIK DAJJAL MELALUI CNN

Sistem dajjal meninggalkan templat acuan yang sering dikitar semula berulang-ulang kali sehingga anda tidak 
nampak, sedangkan ia sedang bermain-main di bawah batang hidung anda. Silapmatanya membawa anda ke
 alam fantasi yang diolah mereka dengan begitu realistik, sedangkan tanda-tanda mereka sedang beroperasi
 diabaikan. Sebaik sahaja anda melihat tanda-tanda ini, anda tahu suatu agenda sedang dilaksanakan.

Menurut Quest beliau bertemu dengan Fariq ketika penggambaran program CNN Business Traveller dan
rakaman video penerbangan tersebut adalah pada 19 Februari 2014 membabit pesawat yang sama (MH370).
Fariq Ab Hamid, 27, had recently switched to the Boeing 777-200
He landed it in a flight captured on video last month by CNN
It was a textbook-perfect landing, the captain said of Hamid's work - (Sumber CNN)


(Gambar: Pembantu Juruterbang Pesawat MH370 Fariq Abdul Hamid bersama Richard Quest, 17 hari
sebelum kejadian insiden! Jurnalis CNN atau Sepai?)

Anehnya CNN yang sudah dikenali sebagai lubuk perisikan Mossad dan CIA langsung tidak dipertikaikan
kehadiran mereka. Tidakkah aneh bahawa beliau sudah berada dalam pesawat tersebut terlebih dahulu
 membuat penggambaran bagi CNN (+ -) 17 hari sebelum insiden MH370? Tidakkah aneh beliau bertemu
 dengan co-pilot pesawat yang terbabit pada 19 Februari? Kebetulan?

Richard Quest sendiri mempunyai latarbelakang yang kabur yang boleh dipertikaikan. Beliau mempunyai
 rekod tahanan pihak polis AS atas salahlaku seksual songsang dan pemilikan dadah 'meth'. Di CNN
kononnya beliau adalah seorang pakar aviasi sedangkan beliau berkelulusan undang-undang!

Beliau membuat penggambaran CNN Business Traveller dan memandangkan fungsi beliau sebagai pakar
aviasi, menjelang insiden MH370 beliau memainkan peranan sebagai 'PAKAR AVIASI' dan memberi
 liputan/analisis secara terperinci mengenai MH370. Apakah mereka datang ke sini untuk membuat
penggambaran Business Traveller atau membuat persiapan untuk OPERASI FALSE FLAG MH370
 sebenarnya? Bangunlah anak-anak Melayu, jangan lena diulit mimpi lalu kamu bertelingkah sesama kamu
sendiri. Hentikanlah permusuhan sesama kamu.

Pada tahun 2006 Richard Quest (lahir 9 Mac 1962) menolak tawaran untuk bertugas dengan saluran Inggeris
 Al Jazeera, di atas alasan ketidaksuaian berdasarkan homoseksualiti (gay) dan berketurunan
Yahudi Eropah (Jewish). [1]


(Gambar: Richard Quest)
1. ^ Owen Gibson; Afshin Rattansi (November 12, 2006). "Look east: After long delays and a rumoured
editorial split with its Arabic parent, English-language news channel al-Jazeera will go on air this week.
 Owen Gibson and Afshin Rattansi report". The Guardian. Retrieved 6 August 2012. "But there were delays
 from the start. It was hard to recruit big-name presenters: Richard Quest of CNN said he turned down an
offer on the grounds that being gay and Jewish might not be suitable."

CNN reporter in sex, rope and drug scandal
April 21, 2008 - 8:40AM

A well-known CNN reporter has been arrested in New York's Central Park with drugs in his pocket, a rope
 around his neck that was tied to his genitals, and a sex toy inside his boot.Richard Quest - who is known for
 his boisterous and quirky style - was arrested at 3.40am on Friday, almost three hours after the park's 1am
closing time.

He was initially arrested for loitering, the New York Post said. However, a search by police uncovered the
oddly configured rope, a sex toy inside Quest's boot, and a small bag of methamphetamine in his left jacket
 pocket, the Post said. (http://www.smh.com.au)
Gay CNN presenter Richard Quest on his comeback after that embarrassing park incident
http://www.pinknews.co.uk/2009/06/22/gay-cnn-presenter-richard-quest-on-his-comeback-after-that-
embarrassing-park-incident/

Kedua-dua Yahudi Zionis CNN yang homoseksual secara terbuka ini iaitu Richard Quest dan Anderson
 Cooper kelihatan tersasul beberapa kali semasa melaporkan tentang MH370. Tidak hairanlah isu membaca
riak wajah dan "bahasa badan" ini saya kemukakan seketika, ibarat pepatah Melayu 'pulang paku buah keras'
. Pentagon sendiri telah menggerakkan aparatus mereka baru-baru ini untuk 'membaca' Presiden Vladimir
Putin berikutan sidang media beliau mengenai Ukraine lebih 1 jam.

"The Pentagon has spent hundreds of thousands of dollars in recent years so that researchers can study the
body movements of foreign leaders, including Russian President Vladimir Putin, in hopes of predicting future
behavior."

                         KLIK LAGI SELENGKAPNYA






5. MALAYSIA SEDANG DIPOSISIKAN SEBAGAI NEGARA YANG LEMAH & TIDAK MAMPU MENANGANI KRISIS


Pihak manakah yang paling tertekan dalam situasi masalah yang "dicipta" ini? Pastinya Malaysia berada dalam
 kedudukan yang paling tertekan, lemah dan terdedah. Perhatikan rentetan reaksi pada setiap spektrum.
 Tidakkah tragedi ini sudah pun mula menyemai bibit-bibit kecelaruan, kesedihan, dan kemarahan pada setiap
 peringkat?

Bayangkan sekiranya insiden ini berkesudahan dengan nahas yang mengorbankan kesemua penumpang dan
krew pesawat, bayangkan reaksi dan impaknya keatas kita semua. Pihak manakah yang bakal meraih
 keuntungan dari episod MH370 ini? Bagaimanakah insiden MH370 ini melibatkan AS sebenarnya,
sedangkan mereka 'menawarkan bantuan?"

Inilah mentaliti ummah hari ini, kerana mereka tidak memahami ideologi "Problem-Reaction-Solution" ini. Inilah
 ummah yang hanya mampu reaksioner dalam perlakuan mereka. Dicatur kesana sini oleh musuh-musuhnya
 sendiri, lalu bercakaran sesama sendiri dan memohon bantuan dari mereka yang mencipta masalah itu pada
 asalnya.

Saya membincangkan dengan ringkas penciptaan 'problem' (masalah) & implikasi reaksi yang timbul darinya
. Sewajarnya anda boleh membuat interpolasi yang lebih lanjut dan terperinci. Jelasnya mereka mempunyai
 agenda dan kepentingan yang amat besar dari isu ini.





6. AS AKAN MENYAJIKAN PENYELESAIAN & SOLUSI


Anda akan melihat selepas ini siri-siri 'solution' (penyelesaian) akan disusun secara sistematik. Ada diantara
penyelesaian-penyelesaian ini akan diwar-warkan secara "umum" dan "terbuka". Ada di antara "penyelesaian-
penyelesaian" ini akan di'runding'kan dibelakang tabir bawah kelambu-kelambu kerahsiaan.

Mereka sudah pun memegang kunci-kuncinya. Segala kelemahan teknikal, keselamatan (security) dan
pengawasan dalam diri kita (negara) sudah pun terdedah, terbuka dan akan dirobek secara berperingkat.
Inilah masa yang paling sesuai sekiranya kuasa-kuasa luar yang berkepentingan ingin memastikan agenda
dan kehendak mereka dituruti. Mereka akan tampil ke hadapan dan memimpini anda untuk 'keluar' dari krisis
ini. Sudah tentulah mereka orang yang paling 'berpengalaman'.

Dalam kesibukan anda menangani pelbagai persoalan & permaslahan yang berbangkit, terorisma dan
 berfikir-fikir manakah terorisnya, apakah "ransom demand" mereka dan pelbagai kecelaruan teknikal yang
 disusun dari implikasi insiden 'false flag' pesawat MH370, sudah pasti anda akan terlalai dari "teroris" dan
"tuntutan maupun ugutan" yang sebenarnya.


Ia mungkin sudah pun bermula.. Terorisma sebenarnya akan mengambil rupabentuk diplomasi, kepimpinan krisis, kepakaran penyiasatan, sekuriti dan keselamatan. Dengan lain perkataan bersedialah untuk tahap 'CAMPURTANGAN' yang lebih tinggi keatas urusan negara. Dengannya datanglah peras ugut dan tuntutan secara berperingkat. Apabila soal-soal keselamatan negara dalam sesuatu krisis sudah dibolosi, maka bersedialah apabila anda menjadikan pemimpin keatas kamu. Segala kelemahan kamu akan dieksploitasikan.


Bayangkan sekiranya insiden yang sama berlaku di Rusia. Apakah anda begitu naif dan menyangka bahawa
 Putin akan memberi sebesar-besar laluan kepada mereka untuk melakukan siasatan? Sudah tentu tidak.
Sebaliknya, perhatikanlah nanti penguasaan mereka keatas kita, apabila 'pakar-pakar' perisikan dan penyiasatan mereka masuk.

Oleh yang demikian, akhirnya anda akan lihat lebih banyak konsesi, rekonsiliasi dan tolak-ansur dilaksanakan secara sistematik selepas ini sebagai "pampasan" untuk mengeluarkan diri kita dari perangkap yang sudah mengena. Ada antaranya akan diumumkan. Ada yang mungkin dilaksanakan secara terselindung. Segalanya bergantung sejauh manakah insiden ini akan diperbesar-besarkan, digembar-gemburkan. Kalau naratifnya menjadi semakin berputar-belit, maka semakin dalamlah agenda yang bakal disusun.


Badan-badan penyiasat yang pakar sudah pun mula disusun dan dicatur. Apabila CNN terlibat secara langsung dan pro-aktif anda akan melihat keseluruhan aparatus perisikan Amerika Syarikat adalah dibelakang mereka. Sambil saya menyediakan komentar saya ini, pasukan penyiasat FBI Amerika Syarikat sudah pun digerakkan untuk beroperasi di Malaysia secara rasmi.


Malangnya anak-anak generasi baru Melayu dan tidak kurang juga mereka yang sudah jauh berumur, bakal terkinja-kinja melihat operatif-operatif CIA, FBI dan apa sekalipun menjalankan operasi 'psy-op' mereka di sini. Mereka akan terlompat-lompat menanti CNN dan sekutunya memutar 'spin' terkini lagi tercanggih tentang MH370.


Inilah generasi yang telah diprogram dengan filem-filem Hollywood & fantasi. Orang kita tidak faham bahawa mereka ini sedang menjalankan gerak saraf destabilisasi keatas negara kita atas kepentingan serakah mereka.


Apabila diperingatkan, maka mereka segera pula berkata, "Oh tidak, ini teori konspirasi khayalan kamu!".




KLIK SALANJUT NYA

Comments

Popular posts from this blog

[SEJARAH] Masyarakat Serani di MELAKA

Bangsa Serani hasil dari asimilasi Askar Portugis iaitu moyang kepada moyang (10 generasi) kepada Cristiano Ronaldo dan Nani telah menceroboh dan selanjutnya menjajah tanah Melaka pada abad ke 16. Orang melayu mulanya menggelar askar penjajah tersebut benggali puteh, yang mengingatkan mereka kepada pedagang Bengal tetapi dengan kulit cerah. Kemudian, masyarakat melayu menggelar mereka serani, asalnya dari perkataan nasrani iaitu pengikut jesus. Ketika zaman penjajahan oleh tentera portugis itu, wanita-wanita portugis telah dilarang dari mengikuti ekspedisi penjelajahan pelayar dan tentera kaum lelaki mereka memandangkan kepercayaan karut marut yang tidak membenarkan kaum wanita di atas kapal. Kerajaan portugis selanjutnya telah menggalakkan pelayar, penjelajah dan tentera mereka untuk mengahwini wanita tempatan di bawah polisi di tetapkan oleh Afonso de Albuquerque, pemerintah India ketika itu. Pada tahun 1604, sebanyak lebih kurang 200 perkahwinan campur telah direkodkan k

Timer Dan Pemasanggan

PEMASANGAN TIMER (SMK2 LA5) Salam Semua.. Timer yang saya gunakan adalah berjenama HAGER EH711, 240v, 50Hz dan boleh mengawal masa selama 24jam. Cara Memasang dan Litar Pendawaian Litar pada bahagian luar timer Kaki sambungan pada bahagian dalam timer 1. Pada bahagian luar timer tersebut, tertera 5 kaki sambungan untuk timer (manual disediakan dalam kotak bila dibeli). Kegunaan kaki sambungan timer adalah seperti berikut. - Kaki 1 & Kaki 2 - untuk sambungan ke main timer (salah satu wayar hidup dan satu lagi wayar neutral) - Kaki 3 - Sambungan sedia tutup ke beban ( normally close ), kaki 3 ini di sambungkan ke beban untuk keadaan asal beban akan hidup. - Kaki 4 - Kaki sambungan utama untuk memberi kuasa kepada beban. Biasanya kaki 4 ini akan disambung dengan wayar hidup dari sambungan utama (sama ada kaki 1 atau kaki 2 yang disambungkan dengan wayar hidup) - Kaki 5 - Sambungan sedia buka ke beban (normally open), kaki 5 ini di sambungkan ke beban untuk keadaan asal beban aka

Panduan Buku Log Elektrikal

Panduan Buku Log Buku Log adalah buku catatan untuk ‘merakam’ kerja – kerja yang telah kita lakukan. Untuk memduduki ujian kompentensi PW1, PW4, AO, A4, BO, B4, kita perlu menyediakan buku log kerana ini merupakan salah satu syarat yang telah ditetapkan oleh pihak Suruhanjaya Tenaga (ST). Kolum F ( PENGAKUAN – iv ) Borang Permohonan Peperiksaan Kekompetenan elektrik ada menyebutkan perkara ini. Buku Log bukan sahaja untuk rujukan kita pada masa – masa akan datang tetapi juga untuk menunjukkan sejauh mana pengalaman dan pemahaman kita tentag kerja – kerja yang telah kita buat. Maka, setiap Buku Log perlu ditulis dengan kemas. Sebagai contoh, saya akan ulas di sini penyediaan Buku Log untuk Penjaga Jentera Elektrik. Jika anda adalah pelatih / penuntut di mana – mana pusat latihan kemahiran seperti IKM atau ILP, anda memang telah disediakan Buku Log. Bagi calon persendirian, mungkin artikel ini boleh membantu. Pada beberapa muka surat pertama, tuliskan biodata seperti N