KLIK LINK Gambar syiling emas KLIK LINK Gambar syiling emas MELAKA 30 April - Persoalan tentang kewujudan harta karun peninggalan zaman Kesultanan Melayu Melaka yang dianggarkan bernilai berbilion ringgit di Pulau Nangka bakal diketahui hari ini. Exco Kerja Raya, Kemudahan Awam, Pengangkutan dan Pemulihan Projek negeri, Datuk Abdul Ghafaar Atan berkata, kerja-kerja mengorek dinding batu di kawasan dipercayai merupakan pintu tempat simpanan harta karun itu kini siap 90 peratus dan dijangka siap sepenuhnya hari ini. "Kita percaya pintu ini akan berjaya dibuka pada hari ini bagi memberi jawapan sama ada harta karun tersebut benar-benar wujud atau tidak," katanya kepada pemberita selepas melawat tapak pencarian harta karun di Pulau Nangka di sini, Beliau berkata, kerja-kerja pencarian harta karun tersebut dijalankan syarikat Smart Partnership International (M) Sdn. Bhd. melalui kontrak selama empat bulan bermula Januari lepas hingga 30 April ini. Kata...