Skip to main content

wiring kinrara,bukit jalil,puchong dan shah alam



Harga Perkhidmatan Elektrik Rumah Kediaman

Harga Pendawaian:



Pendawaian Elektrik :

- Harga pendawaian lampu RM60
- Harga pendawaian kipas RM60
- Harga pendawaian soket plug RM90
- Harga pendawaian water heater dari RM140
- Harga pendawaian aircond dari RM140
- Harga pendawaian Auto Gate dari RM400


Papan Agihan (DB-Distribution Board):
Harga bergantung kepada jenis Gred dan kuantiti MCB
- 1 unit Kotak Agihan dari RM400

10. Pemasangan pemutus litar ke bumi(Earthing) menggunakan rod kuprum dan penyediaan tapak rod = RM150/lot

* Nota: Harga pendawaian di atas adalah termasuk soket dan suis menggunakan penyaluran kabel PVC atau uPVC conduit di permukaan.

Harga Pemasangan Lampu dan Kipas:

1. Pasang semua jenis lampu filamen = RM10
2. Pasang semua jenis lampu pendarfluor = RM 15
3. Pasang semua jenis lampu downlight = RM 15
4. Pasang semua jenis lampu Hiasan = RM20
5. Pasang semua jenis lampu Hiasan (melebihi 5 mentol) = RM25 keatas
6. Pasang semua jenis kipas = RM35

Harga Termasuk Membekal dan Memasang Lengkapan:

1. Membekal dan memasang casing lampu dan mentol filamen jenama Philips < 100W = RM 15

2. Membekal dan memasang casing lampu pendarfluor yang diluluskan oleh SIRIM dan mentol jenama Philips.
Lampu pendarfluor TL-D 1 x 18W saiz 600mm x 600mm/2 kaki = RM 38
Lampu pendarfluor TL-D 1 x 36W saiz 1200mm x 1200mm/4 kaki = RM 40
Lampu pendarfluor TL-D 2 x 18W saiz 600mm x 600mm/2 kaki = RM 50
Lampu pendarfluor TL-D 2 x 36W saiz 1200mm x 1200mm/4 kaki = RM 55
Lampu pendarfluor tiub LED? Sila hubungi untuk harga terkini.


3. Membekal dan memasang casing lampu downlight termasuk mentol PLC berkualiti jenama Philips atau Osram.
Lampu downlight saiz 100mm/4inci = RM 45
Lampu downlight saiz 125mm/5inci = RM 50
Lampu downlight saiz 150mm/6inci = RM 55
Lampu downlight LED? Sila hubungi untuk harga terkini.


4. Membekal dan memasang kipas siling.
Jenis kipas KDK (standard 3 bilah) = RM170
Jenis kipas KDK/Panasonic (remote 4 bilah) = RM 290
Jenis kipas KDK/Panasonic (remote 5 bilah) = RM 320


Terma Penggunaan Jenis kabel, Soket, Suis, Lampu dan Casing Lampu:

1. Pendawaian lampu/kipas menggunakan kabel 2 x 1.5mm yang diluluskan oleh SIRIM.
2. Pendawaian soket 13A menggunakan kabel 2 x 2.5mm yang diluluskan oleh SIRIM.
3. Pendawaian Auto Gate/Water Heater/Aircond menggunakan kabel 2 x 4.0mm persegi yang diluluskan oleh SIRIM.
4. Menggunakan soket plug 13A/15A yang diluluskan oleh SIRIM.
5. Menggunakan casing lampu pendarfluor jenis standard yang diluluskan oleh SIRIM dan mentol jenama Philips.
6. Menggunakan casing lampu downlight jenis standard dan mentol PLC berkualiti jenama Philips atau Osram.

Terma Kos Tambahan:

1. Tambahan RM8.00 per meter/3.3 kaki untuk pendawaian kabel 2 x 1.5mm atau 2 x 2.5mm jika melebihi 15 meter/50 kaki setiap unit.
2. Tambahan RM12.00 per meter/3.3 kaki untuk pendawaian kabel 4.0mm jika melebihi 15 meter/50 kaki setiap unit.


3. Tambahan RM30.00 per unit untuk pendawaian terbenam tidak melebihi 2 meter/6.6 kaki, tambahan RM15.00 per meter/3.3 kaki jika melebihi.
4. Tambahan RM30.00 per unit untuk pendawaian menggunakan G.I conduit(paip besi bergalvani) tidak melebihi 4 meter/16.4 kaki, tambahan RM8.00 per meter/3.3 kaki jika melebihi.
5. Tambahan RM15.00 per unit untuk pendawaian menggunakan kabel 2 x 2.5mm jenis double insulated(2 lapis penebat) tidak melebihi 15 meter/50 kaki, tambahan RM10.00 per meter/3.3 kaki jika melebihi.
6. Tambahan RM20.00 per unit untuk penambahan MCB 6A/16A/20A.
7. Tambahan RM5.00 per unit untuk kerja menebuk lubang siling lampu jenis downlight.
8. Tambahan RM10.00 per unit untuk pemegang kipas siling.

Terma Harga dan Servis:

1. Harga yang ditawarkan di atas mungkin akan berubah mengikut harga pasaran.
2. Harga yang ditawarkan adalah untuk kegunaan domestik atau rumah kediaman sahaja.
3. Penggunaan perencah(scaffolding), skylift bagi tempat yang tinggi dan sebagainya akan dikenakan cas tambahan mengikut bilangan kuantiti dan bilangan hari bagi skylift.
4. Tambahan penyediaan servis penghantaran dan membekal sebanyak RM100.00 akan dikenakan jika nilai kerja/projek/sebutharga kurang dari RM300.00
5. Harga di atas hanya untuk kawasan di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor sahaja.
6. Harga kerja di luar Kuala Lumpur dan Selangor adalah bergantung kepada nilai kerja dan kos pengangkutan yang dipersetujui dalam sebut harga.

SOALAN LAZIM PELANGGAN:

Soalan: Kenapa harga pendawaian yang saya lihat banyak iklan di internet ada yang lagi murah?
Jawapan: Kebanyakkan harga murah yang ditawarkan adalah tidak mengikut standard dan menggunakan kabel murah (tidak semua) serta tidak mengikut spec seperti pendawaian ke bumi yang tidak sempurna dan penggunaan loop tidak mengikut spec. Bebanan menjadi tinggi dan merbahaya serta kabel akan cepat rosak/terbakar.

Soalan: Kenapa harga lampu pendarfluor atau downlight mahal sebab saya lihat kat kedai jual lampu downlight termasuk mentol dalam RM15 sahaja.Nak untung lebih ke?
Jawapan: Kebanyakkan harga lampu downlight yang dijual termasuk mentol PLC dengan harga murah menggunakan mentol tidak berkualiti dan cepat terbakar atau lampu pendarfluor yang tidak diluluskan oleh SIRIM. Kami hanya menggunakan lampu yang diluluskan oleh SIRIM dan mentol berkualiti dari jenama Phillips atau Osram.

Soalan: Kenapa ada yang menawarkan harga yang mahal dari encik? Mereka guna kabel import paling kualiti ke?
Jawapan: Lagi tinggi harga bermakna lagi berkualiti sesuatu produk. Walau bagaimana pun jika harga adalah tidak munasabah adalah kerana beberapa faktor antaranya pengambilan kerja untung atas angin dan di subkan kepada orang lain atau mungkin hendak mengambil kesempatan dan melakukan penipuan kepada pelanggan.

Soalan: Kenapa saya perlu memilih perkhidmatan dari anda? ada special offer ke?
Jawapan: Kerana kami menawarkan harga yang bersesuaian mengikut standard pendawaian dan menggunakan kabel dan perkakasan yang berkualiti serta perpengalaman dalam menjalankan kerja-kerja elektrik.

Soalan: Betul ke harga yang di tawarkan? Mana la tahu kalau ada cas tersembunyi ke.. Saya budjet RM1500 tetiba dah siap kena bayar RM2000 pulak!
Jawapan: Apa yang dinyatakan di atas itulah yang kami tawarkan. Dengan pengalaman yang ada kami akan memastikan setiap pelanggan mendapat perkhidmatan yang berkualiti serta harga yang berpatutan.

Comments

Popular posts from this blog

[SEJARAH] Masyarakat Serani di MELAKA

Bangsa Serani hasil dari asimilasi Askar Portugis iaitu moyang kepada moyang (10 generasi) kepada Cristiano Ronaldo dan Nani telah menceroboh dan selanjutnya menjajah tanah Melaka pada abad ke 16. Orang melayu mulanya menggelar askar penjajah tersebut benggali puteh, yang mengingatkan mereka kepada pedagang Bengal tetapi dengan kulit cerah. Kemudian, masyarakat melayu menggelar mereka serani, asalnya dari perkataan nasrani iaitu pengikut jesus. Ketika zaman penjajahan oleh tentera portugis itu, wanita-wanita portugis telah dilarang dari mengikuti ekspedisi penjelajahan pelayar dan tentera kaum lelaki mereka memandangkan kepercayaan karut marut yang tidak membenarkan kaum wanita di atas kapal. Kerajaan portugis selanjutnya telah menggalakkan pelayar, penjelajah dan tentera mereka untuk mengahwini wanita tempatan di bawah polisi di tetapkan oleh Afonso de Albuquerque, pemerintah India ketika itu. Pada tahun 1604, sebanyak lebih kurang 200 perkahwinan campur telah direkodkan k

Timer Dan Pemasanggan

PEMASANGAN TIMER (SMK2 LA5) Salam Semua.. Timer yang saya gunakan adalah berjenama HAGER EH711, 240v, 50Hz dan boleh mengawal masa selama 24jam. Cara Memasang dan Litar Pendawaian Litar pada bahagian luar timer Kaki sambungan pada bahagian dalam timer 1. Pada bahagian luar timer tersebut, tertera 5 kaki sambungan untuk timer (manual disediakan dalam kotak bila dibeli). Kegunaan kaki sambungan timer adalah seperti berikut. - Kaki 1 & Kaki 2 - untuk sambungan ke main timer (salah satu wayar hidup dan satu lagi wayar neutral) - Kaki 3 - Sambungan sedia tutup ke beban ( normally close ), kaki 3 ini di sambungkan ke beban untuk keadaan asal beban akan hidup. - Kaki 4 - Kaki sambungan utama untuk memberi kuasa kepada beban. Biasanya kaki 4 ini akan disambung dengan wayar hidup dari sambungan utama (sama ada kaki 1 atau kaki 2 yang disambungkan dengan wayar hidup) - Kaki 5 - Sambungan sedia buka ke beban (normally open), kaki 5 ini di sambungkan ke beban untuk keadaan asal beban aka

Panduan Buku Log Elektrikal

Panduan Buku Log Buku Log adalah buku catatan untuk ‘merakam’ kerja – kerja yang telah kita lakukan. Untuk memduduki ujian kompentensi PW1, PW4, AO, A4, BO, B4, kita perlu menyediakan buku log kerana ini merupakan salah satu syarat yang telah ditetapkan oleh pihak Suruhanjaya Tenaga (ST). Kolum F ( PENGAKUAN – iv ) Borang Permohonan Peperiksaan Kekompetenan elektrik ada menyebutkan perkara ini. Buku Log bukan sahaja untuk rujukan kita pada masa – masa akan datang tetapi juga untuk menunjukkan sejauh mana pengalaman dan pemahaman kita tentag kerja – kerja yang telah kita buat. Maka, setiap Buku Log perlu ditulis dengan kemas. Sebagai contoh, saya akan ulas di sini penyediaan Buku Log untuk Penjaga Jentera Elektrik. Jika anda adalah pelatih / penuntut di mana – mana pusat latihan kemahiran seperti IKM atau ILP, anda memang telah disediakan Buku Log. Bagi calon persendirian, mungkin artikel ini boleh membantu. Pada beberapa muka surat pertama, tuliskan biodata seperti N