Skip to main content

Revolusi Fleksibiliti Dengan Nike Free 2014




Nike Free, siri kasut larian yang diperkenalkan jenama sukan ternama dunia, Nike merevolusi fleksibiliti pergerakan semulajadi si pemakai dengan pengenalan siri Nike Free - 3.0 Flyknit, 4.0 Flyknit dan 5.0. Selepas 10 tahun pengenalan Nike Free yang sering ditambah baik menerusi kehadiran teknologi terbaru dan kajian kejuruteraan produk, Nike terus menerajui rekaan dan industri pakaian sukan terutama kasut.




Mengambil inspirasi dari pengasas bersama Nike, Bill Bowerman, “rekaan harus fokus kepada pergerakan” menjadi antara faktor kejayaan koleksi Nike ini. Melalui konsep ini, produk Nike mendalami pengalaman si pemakai termasuk atlit profesional.


“Revolusi ini telah mengubah fungsi kasut dan membenarkan kami memberi pengalaman larian yang lebih baik bagi si pemakai seperti yang belum pernah mereka rasai sebelum ini,” kata Pengarah Kanan Rekaan Kasut Nike Running Rob Dolan.


Pengenalan tiga siri baharu kasut larian Nike Free tersedia bagi lelaki dan wanita adalah sesuai sama ada bagi pelari profesional atau kasual. Rekaan yang menarik dan keselesaan yang terjamin juga mendorong kebanyakan masyarakat urban memilh jenis kasut seperti ini sebagai kasut harian.




Hasil dari kajian Nike dan pendapat para atlit sendiri telah menemukan beberapa ciri penting seperti Hexagonal Flex Grooves, anatomical shape dan Nike Flyknit Technology yang telah diketengahkan bagi siri Nike Free 3.0 Flyknit, 4.0 Flyknit dan 5.0.

Selain rekaan, si pemakai juga boleh memilih tahap fleksibiliti yang berbeza. Siri Nike Free 3.0 Flyknit, Nike Free 4.0 Flyknit dan Nike Free 5.0 boleh didapati kedai-kedai Nike bermula pada 3 April.

- See more at: http://www.gua.com.my/seroja/fesyen_rekaan/Revolusi_Fleksibiliti_Dengan_Nike_Free_2014.html#sthash.4BB1xzBc.dpuf

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

[SEJARAH] Masyarakat Serani di MELAKA

Bangsa Serani hasil dari asimilasi Askar Portugis iaitu moyang kepada moyang (10 generasi) kepada Cristiano Ronaldo dan Nani telah menceroboh dan selanjutnya menjajah tanah Melaka pada abad ke 16. Orang melayu mulanya menggelar askar penjajah tersebut benggali puteh, yang mengingatkan mereka kepada pedagang Bengal tetapi dengan kulit cerah. Kemudian, masyarakat melayu menggelar mereka serani, asalnya dari perkataan nasrani iaitu pengikut jesus. Ketika zaman penjajahan oleh tentera portugis itu, wanita-wanita portugis telah dilarang dari mengikuti ekspedisi penjelajahan pelayar dan tentera kaum lelaki mereka memandangkan kepercayaan karut marut yang tidak membenarkan kaum wanita di atas kapal. Kerajaan portugis selanjutnya telah menggalakkan pelayar, penjelajah dan tentera mereka untuk mengahwini wanita tempatan di bawah polisi di tetapkan oleh Afonso de Albuquerque, pemerintah India ketika itu. Pada tahun 1604, sebanyak lebih kurang 200 perkahwinan campur telah direkodkan k...

Elektrikal:senarai harga 2014-2016

Harga Perkhidmatan Elektrik Rumah Kediaman Domestik   KAMI DI SERATA TEMPAT...ASAL BARANG JADI UWANG MELAKA,PUCHONG,KINRARA syeksen 16 Shah alam {JIKA TEMPAT LAIN BOLEH BERTANYA DAHULU} syeksen 16 Shah alam sahaja Harga Pendawaian: Pendawaian Elektrik Surface (casing/upvc conduit) : - Harga pendawaian lampu RM60 - Harga pendawaian kipas RM60 - Harga pendawaian soket plug RM90 - Harga pendawaian water heater dari RM140 - Harga pendawaian aircond dari RM140 - Harga pendawaian Auto Gate dari RM480 Papan Agihan (DB-Distribution Board): Harga bergantung kepada jenis Gred dan kuantiti MCB - 1 unit Kotak Agihan dari RM400 10. Pemasangan pemutus litar ke bumi(Earthing) menggunakan rod kuprum dan penyediaan tapak rod = RM150/lot * Nota: Harga pendawaian di atas adalah termasuk soket dan suis menggunakan penyaluran kabel PVC atau uPVC conduit di permukaan. Harga Pemasangan Lampu dan Kipas: 1. Pasang semua jenis lampu filamen = RM10 2. Pasang semua jenis lampu...

Panduan Buku Log Elektrikal

Panduan Buku Log Buku Log adalah buku catatan untuk ‘merakam’ kerja – kerja yang telah kita lakukan. Untuk memduduki ujian kompentensi PW1, PW4, AO, A4, BO, B4, kita perlu menyediakan buku log kerana ini merupakan salah satu syarat yang telah ditetapkan oleh pihak Suruhanjaya Tenaga (ST). Kolum F ( PENGAKUAN – iv ) Borang Permohonan Peperiksaan Kekompetenan elektrik ada menyebutkan perkara ini. Buku Log bukan sahaja untuk rujukan kita pada masa – masa akan datang tetapi juga untuk menunjukkan sejauh mana pengalaman dan pemahaman kita tentag kerja – kerja yang telah kita buat. Maka, setiap Buku Log perlu ditulis dengan kemas. Sebagai contoh, saya akan ulas di sini penyediaan Buku Log untuk Penjaga Jentera Elektrik. Jika anda adalah pelatih / penuntut di mana – mana pusat latihan kemahiran seperti IKM atau ILP, anda memang telah disediakan Buku Log. Bagi calon persendirian, mungkin artikel ini boleh membantu. Pada beberapa muka surat pertama, tuliskan biodata seperti N...