Skip to main content

Asadi sama adidas???Kisah di sebalik kasut jenama Adidas dan Puma


Korang ada atau pernah tak pakai kasut Adidas atau Puma…kalo ada…korang tau tak sejarah disebalik kedua – dua jenama kasut yang terkenal ni. So…kalo nak tahu jom kita baca kisah adik beradik Dassler ni…

Semuanya bermula pada 1920an dalam bilik basuhan mak mereka di sebuah bandar di bernama Herzogenaurach di Jerman. Disitu lah bermulanya syarikat Dassler Brothers Sports Shoe Company. Adolf Dassler seorang yang pendiam tetapi kreatif amat pandai mereka dan membuat kasut, berlainan dengan abangnya Rudolph Dassler seorang yang agak banyak bercakap dan bekerja sebagai seorang jurujual. Kira abang dia ni mahir dalam ilmu pemasaran dan mereka telah bergabung dalam perniagaan ini dengan si adik terus membuat kasut dan si abang pula menjualkannya.


Kasut keluaran Dassler Brothers Sports Shoe Company menjadi terkenal setelah pelari lagenda dari Amerika iaitu Jesse Owens memakainya di Sukan Olimpik dan memenangi 4 pingat emas pada dan jenama mereka mula dikenali diseluruh dunia..Di sini la bermulanya mereka berdua kerap berbalah..Satu kejadian telah terjadi yang membuatkan mereka telah berputus arang berkerat rotan.



Sewaktu bandar Herzogenaurach dibom oleh tentera bersekutu,Rudolph dan keluarganya telah berada di dalam bom shelter dan bila Adolf dan keluarganya masuk kedalam bom shelter yg sama si abang merungut "The dirty busxxxd.s are back again," merujuk kepada tentera bersekutu tapi adiknya Adolf terasa abangnya sedang menyindirnya..


Konflik ini menyebabkan syarikat mereka berpecah pada tahun 1948, mereka membahagikan pekerja dan aset kepada dua. Untuk syarikat si adik diberi penjenamaan semula dngan nama “ Adidas “ sempena nama panggilan pendek beliau iaitu Adi Dassler. Manakala abangnya pula menamakan syarikatnya “Ruda” iaitu singkatan kepada Rudolf Dassler…tapi untuk menyesuaikan dengan sukan olahraga namanya diubah kepada “Puma”. Kedua – dua kilang dibina berdekatan dan bertentang dengan Sungai Aurach. Mereka bersaing sesama sendiri hingga menjadi nadi pembangunan di Bandar Herzogenaurach.

Seluruh bandar merasa terkesan sehingga mereka merasakan terperangkap dalam persengketaan adik beradik ini. Setiap perniagaan tempatan diberi 2 pilihan mahu berurusan dangan syarikat Adidas atau Puma. Mereka disuruh membuat pilihan hanya satu saja. Temujanji atau berkahwin juga tidak dibenarkan antara kedua –dua syarikat ini. Pekerja Puma tidak boleh bercinta atau berkahwin dengan pekerja Adidas. Perkara ini berlarutan sehingga bandar ini digelar “ bandar leher bengkok “, ini kerana orang akan memandang kebawah melihat kasut anda dahulu sebelum berbual. Bandar ini benar – benar terbahagi dua.


Kelebihan Ruda mempunyai eksekutif – eksekutif jualan yang jauh lebih baik tetapi adiknya Adi mempunyai pengetahuan teknikal dan hubungan yang rapat dengan athlet yang membolehkan produk beliau mendapat publisiti yang meluas dan ini memberi skala yang lebih luas kepada Adidas. Adidas dan Puma kerap bersaing sesama sendiri dan memberi tumpuan untuk menyaingi antara satu sama lain tanpa menyedari ancaman dari pendatang baru dalam industri kasut iaitu jenama NIKE. Kedua – dua syarikat Adidas dan Puma lambat bertindak balas menyebabkan mereka jauh ketinggalan di belakang.


Permusuhan adik – beradik dan kedua – dua syarikat ini berlanjutan sehingga 60 tahun. Malah apabila kedua – dua pengasas Adidas dan Puma ini mati mereka dikebumikan secara bertentangan walaupun berada dalam tanah perkuburan yang sama. Persengketaan ini hanyalah dielesaikan selepas kematian kedua – dua saudara Dassler ini dengan syarikat Adidas dan Puma bermain permainan bolasepak persahabatan sekaligus menamatkan permusuhan selama 6 dekad. Sehingga 2014 pelbagai kasut yang dikeluarkan oleh kedua dua syarikat yang sentiasa di tunggu tunggu oleh setiap peminat fanatik jenama mereka. Keluaran terkini 2014 boleh di lihat disini.

bila x berbaik sampai sekarang,mungkin abang dia buka lagi satu cawangan asadi kot?????    :)


Comments

  1. bwu thu sejarahnya...huhu...menarik gak,selama nie pakai j=p

    ReplyDelete
  2. God bless you all ,my first shoe puma.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

[SEJARAH] Masyarakat Serani di MELAKA

Bangsa Serani hasil dari asimilasi Askar Portugis iaitu moyang kepada moyang (10 generasi) kepada Cristiano Ronaldo dan Nani telah menceroboh dan selanjutnya menjajah tanah Melaka pada abad ke 16. Orang melayu mulanya menggelar askar penjajah tersebut benggali puteh, yang mengingatkan mereka kepada pedagang Bengal tetapi dengan kulit cerah. Kemudian, masyarakat melayu menggelar mereka serani, asalnya dari perkataan nasrani iaitu pengikut jesus. Ketika zaman penjajahan oleh tentera portugis itu, wanita-wanita portugis telah dilarang dari mengikuti ekspedisi penjelajahan pelayar dan tentera kaum lelaki mereka memandangkan kepercayaan karut marut yang tidak membenarkan kaum wanita di atas kapal. Kerajaan portugis selanjutnya telah menggalakkan pelayar, penjelajah dan tentera mereka untuk mengahwini wanita tempatan di bawah polisi di tetapkan oleh Afonso de Albuquerque, pemerintah India ketika itu. Pada tahun 1604, sebanyak lebih kurang 200 perkahwinan campur telah direkodkan k

Timer Dan Pemasanggan

PEMASANGAN TIMER (SMK2 LA5) Salam Semua.. Timer yang saya gunakan adalah berjenama HAGER EH711, 240v, 50Hz dan boleh mengawal masa selama 24jam. Cara Memasang dan Litar Pendawaian Litar pada bahagian luar timer Kaki sambungan pada bahagian dalam timer 1. Pada bahagian luar timer tersebut, tertera 5 kaki sambungan untuk timer (manual disediakan dalam kotak bila dibeli). Kegunaan kaki sambungan timer adalah seperti berikut. - Kaki 1 & Kaki 2 - untuk sambungan ke main timer (salah satu wayar hidup dan satu lagi wayar neutral) - Kaki 3 - Sambungan sedia tutup ke beban ( normally close ), kaki 3 ini di sambungkan ke beban untuk keadaan asal beban akan hidup. - Kaki 4 - Kaki sambungan utama untuk memberi kuasa kepada beban. Biasanya kaki 4 ini akan disambung dengan wayar hidup dari sambungan utama (sama ada kaki 1 atau kaki 2 yang disambungkan dengan wayar hidup) - Kaki 5 - Sambungan sedia buka ke beban (normally open), kaki 5 ini di sambungkan ke beban untuk keadaan asal beban aka

Panduan Buku Log Elektrikal

Panduan Buku Log Buku Log adalah buku catatan untuk ‘merakam’ kerja – kerja yang telah kita lakukan. Untuk memduduki ujian kompentensi PW1, PW4, AO, A4, BO, B4, kita perlu menyediakan buku log kerana ini merupakan salah satu syarat yang telah ditetapkan oleh pihak Suruhanjaya Tenaga (ST). Kolum F ( PENGAKUAN – iv ) Borang Permohonan Peperiksaan Kekompetenan elektrik ada menyebutkan perkara ini. Buku Log bukan sahaja untuk rujukan kita pada masa – masa akan datang tetapi juga untuk menunjukkan sejauh mana pengalaman dan pemahaman kita tentag kerja – kerja yang telah kita buat. Maka, setiap Buku Log perlu ditulis dengan kemas. Sebagai contoh, saya akan ulas di sini penyediaan Buku Log untuk Penjaga Jentera Elektrik. Jika anda adalah pelatih / penuntut di mana – mana pusat latihan kemahiran seperti IKM atau ILP, anda memang telah disediakan Buku Log. Bagi calon persendirian, mungkin artikel ini boleh membantu. Pada beberapa muka surat pertama, tuliskan biodata seperti N