Skip to main content

Isu Pulau Nangka dan Kenyataan Ketua menteri Melaka Yang Bijak

Strategi Ketua Menteri Melaka Menarik Pelancong Ke Melaka

SEJAK kebelakangan ini, nama Pulau Nangka semakin menonjol. Siapa sangka, pulau yang dinamakan sedemikian kerana berbentuk seperti buah nangka itu, menyimpan rahsia besar sejak bertahun lamanya.

Sebuah pulau kecil tidak berpenghuni berkeluasan kira-kira 20 hektar, terletak kira-kira 17 kilometer dari pantai dan 4 kilometer dari pulau utama iaitu Pulau Besar, menyimpan peninggalan sejarah berharga yang belum terungkai sehingga kini.

Paling mengejutkan, harta karun dianggarkan bernilai berbilion-bilion ringgit masih tertanam di pulau berkenaan.

Pulau Nangka yang diwartakan menjadi milik Perbadanan Muzium Melaka (Perzim) pada 1997 dikelilingi tidak kurang 10 pulau-pulau lain termasuk dua daripadanya dihuni manusia, sebelum ini pernah mendapat perhatian seketika.

Masih ingatkah peristiwa Disember lalu apabila 11 pelatih Kursus Asas Komando dan dua jurulatih dari Pusat Latihan Peperangan Khusus (Pulpak) hampir maut selepas bot dinaiki terbalik dan hanyut selama 28 jam ketika mereka menjalani latihan mendayung ke pulau itu?.

Bagaimanapun, pendedahan media minggu lalu lebih menarik perhatian daripada kisah di atas, apabila Kerajaan Negeri Melaka dilaporkan
melantik sebuah syarikat untuk mengkaji dan mengeluarkan harta karun dipercayai berada di pulau berkenaan.

Pendedahan itu bukan daripada sumber bukan-bukan, sebaliknya keluar dari mulut Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron sendiri yang dengan penuh yakin Pulau Nangka menyimpan banyak harta berharga.

Malam kelmarin, ketika menghadiri majlis makan malam sebuah majlis di kediamannya di Seri Bendahara, Melaka, Idris mengakui usaha mencari harta karun tersebut sebenarnya sudah bermula sejak kira-kira 30 tahun lalu secara senyap.

Ini bermakna, pencarian sudah dilakukan sekitar 80an lagi dan ketika itu ketua menterinya bukan Idris.

Hanya selepas bertukar lima ketua menteri, akhirnya ketika Idris yang mengambil alih tampuk pemerintahan tahun lalu mengambil keputusan mendedahkan kepada umum mengenai penemuan itu.

Idris mengakui, memang selama ini kerajaan negeri merahsiakan penemuan artifak yang mempunyai tidak kurang 20 bilik dan tersimpannya harta karun itu pada pengetahuan umum, khususnya rakyat Melaka.

Menurutnya, sebelum mendedahkan umum, beliau terlebih dulu mahu memastikan dakwaan berhubung penemuan artifak dan harta karun itu adalah sahih, bukan sekadar cerita dongeng.

Sehinggalah satu bukti ditunjukkan seorang individu kepadanya yang meyakinkan beliau berhubung harta karun terbabit.

"Emas yang ada di situ bukan berbentuk jongkong, tetapi berbentuk seperti timun. Sebelum ini, ada individu yang sudah berjaya menembusi tempat itu. Tapi, apabila mereka pegang emas untuk bawa keluar, kaki mereka tidak boleh melangkah. Apabila diletakkan kembali emas itu, barulah mereka boleh melangkah semula," kata Idris.

Beliau berkata, misi mengeluarkan harta berkenaan bukan satu tugas yang mudah kerana harta karun itu ada 'penjaganya'.

Bagaimanapun, katanya, usaha dilakukan secara senyap tanpa pengetahuan rakyat mungkin menyebabkan harta karun itu sukar dibawa keluar, lantas akhirnya Idris merasakan adalah lebih baik diwar-warkan kepada umum.

"Dulu kita lakukan secara senyap-senyap, tapi nampaknya tidak berhasil. Kita rasakan sudah sampai masanya perkara ini disebarkan kepada umum. Mana tahu, mungkin dengan cara ini akan lebih mudahkan usaha pencarian," katanya di hadapan kira-kira 800 orang pada program berkenaan, malam kelmarin.

Dikuatkan lagi dengan kenyataan Pengerusi Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme Malaysia (Iksep), Prof Datuk Dr Mohd Jamil Mukmin yang mendakwa Sultan Melaka dahulu mempunyai satu rumah khas menyimpan harta benda seperti pinggan mangkuk, cerek diperbuat daripada emas.

Beliau berkata, harta yang dimiliki hasil cukai pedagang luar negara itu kemungkinan disembunyikan di pulau berkenaan ketika Melaka diserang Portugis pada 1511 kerana ditakuti istana diserang dan ditawan.

Ternyata, apa dikatakan Idris bukanlah hanya satu angan-angan kosong dan kerana itu tidak ada apa lagi perlu disorokkan daripada pengetahuan orang ramai.

Bagaimanapun, Idris sebelum ini ada menyatakan bahawa beliau tidak menaruh harapan tinggi untuk membawa balik harta karun berkenaan

Comments

  1. Aku tersangat hairan dengan perangai menteri2 mana2 negerilah...modal dan idea mereka asyik2 pelancungan, pelancungan dan pelancungan...macam x de benda lain nak majukan negeri...kadang2 nampak sangat bodoh menteri2 kita ni...balik2 itu...balik2 itu...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

[SEJARAH] Masyarakat Serani di MELAKA

Bangsa Serani hasil dari asimilasi Askar Portugis iaitu moyang kepada moyang (10 generasi) kepada Cristiano Ronaldo dan Nani telah menceroboh dan selanjutnya menjajah tanah Melaka pada abad ke 16. Orang melayu mulanya menggelar askar penjajah tersebut benggali puteh, yang mengingatkan mereka kepada pedagang Bengal tetapi dengan kulit cerah. Kemudian, masyarakat melayu menggelar mereka serani, asalnya dari perkataan nasrani iaitu pengikut jesus. Ketika zaman penjajahan oleh tentera portugis itu, wanita-wanita portugis telah dilarang dari mengikuti ekspedisi penjelajahan pelayar dan tentera kaum lelaki mereka memandangkan kepercayaan karut marut yang tidak membenarkan kaum wanita di atas kapal. Kerajaan portugis selanjutnya telah menggalakkan pelayar, penjelajah dan tentera mereka untuk mengahwini wanita tempatan di bawah polisi di tetapkan oleh Afonso de Albuquerque, pemerintah India ketika itu. Pada tahun 1604, sebanyak lebih kurang 200 perkahwinan campur telah direkodkan k

Timer Dan Pemasanggan

PEMASANGAN TIMER (SMK2 LA5) Salam Semua.. Timer yang saya gunakan adalah berjenama HAGER EH711, 240v, 50Hz dan boleh mengawal masa selama 24jam. Cara Memasang dan Litar Pendawaian Litar pada bahagian luar timer Kaki sambungan pada bahagian dalam timer 1. Pada bahagian luar timer tersebut, tertera 5 kaki sambungan untuk timer (manual disediakan dalam kotak bila dibeli). Kegunaan kaki sambungan timer adalah seperti berikut. - Kaki 1 & Kaki 2 - untuk sambungan ke main timer (salah satu wayar hidup dan satu lagi wayar neutral) - Kaki 3 - Sambungan sedia tutup ke beban ( normally close ), kaki 3 ini di sambungkan ke beban untuk keadaan asal beban akan hidup. - Kaki 4 - Kaki sambungan utama untuk memberi kuasa kepada beban. Biasanya kaki 4 ini akan disambung dengan wayar hidup dari sambungan utama (sama ada kaki 1 atau kaki 2 yang disambungkan dengan wayar hidup) - Kaki 5 - Sambungan sedia buka ke beban (normally open), kaki 5 ini di sambungkan ke beban untuk keadaan asal beban aka

Panduan Buku Log Elektrikal

Panduan Buku Log Buku Log adalah buku catatan untuk ‘merakam’ kerja – kerja yang telah kita lakukan. Untuk memduduki ujian kompentensi PW1, PW4, AO, A4, BO, B4, kita perlu menyediakan buku log kerana ini merupakan salah satu syarat yang telah ditetapkan oleh pihak Suruhanjaya Tenaga (ST). Kolum F ( PENGAKUAN – iv ) Borang Permohonan Peperiksaan Kekompetenan elektrik ada menyebutkan perkara ini. Buku Log bukan sahaja untuk rujukan kita pada masa – masa akan datang tetapi juga untuk menunjukkan sejauh mana pengalaman dan pemahaman kita tentag kerja – kerja yang telah kita buat. Maka, setiap Buku Log perlu ditulis dengan kemas. Sebagai contoh, saya akan ulas di sini penyediaan Buku Log untuk Penjaga Jentera Elektrik. Jika anda adalah pelatih / penuntut di mana – mana pusat latihan kemahiran seperti IKM atau ILP, anda memang telah disediakan Buku Log. Bagi calon persendirian, mungkin artikel ini boleh membantu. Pada beberapa muka surat pertama, tuliskan biodata seperti N