Skip to main content

Sejarah SAMURAI



Samurai (侍 atau kadang-kala 士) adalah istilah yang biasa digunakan bagi perwira zaman sebelum industri Jepun. Istilah yang lebih tepat adalah bushi (武士) (harafiah. "orang bersenjata") yang digunakan semasa zaman Edo. Bagaimanapun, istilah samurai digunakan sekarang bagi merujuk wira bangsawan, bukan, contohnya, ashigaru atau tentera berjalan kaki. Samurai tanpa sebarang ikatan dengan sesuatu puak ( clan ) atau daimyo dikenali sebagai ronin (harafiah. "orang ombak").



Samurai dianggap mesti bersopan dan terpelajar, dan beransur-ansur, samurai semasa era Tokugawa beransur-ansur kehilangan fungsi ketenteraan mereka. Pada akhir era Tokugawa, samurai secara umumnya adalah kakitangan am bagi daimyo, dengan pedang mereka hanya untuk tujuan istiadat. Dengan reformasi Meiji pada akhir abad ke 19, samurai dihapuskan sebagai kelas berbeza dan digantikan dengan tentera kebangsaan menyerupai negara barat. Kod samurai yang ketat dikenali sebagai bushido masih kekal, bagaimanapun, dalam masyarakat Jepun masa kini, sebagaimana aspek cara hidup mereka yang lain.



Etimologi
Perkataan samurai berasal pada sebelum Tempoh Heian di Jepun apabila ia disebut sebagai saburai, bererti suruhan atau pengikut. Ia hanya pada tempoh awal moden, khususnya pada tempoh Azuchi-Momoyama dan awal tempoh Edo pada lewat 16 dan awal abad ke 17 perkataan saburai bertukar diganti dengan perkataan samurai. Bagaimanapun, pada masa itu, ertinya telah lama berubah.



Pada era pemerintahan samurai, istilah awal yumitori (“pemanah”) juga digunakan sebagai gelaran kehormat bagi wira terbilang, walaupun pemain pedang telah menjadi lebih penting. Pemanah Jepun (kyujutsu), masih berkait rapat dengan dewa perang Hachiman.

Berikut adalah beberapa istilah lain samurai:


Buke (武家) – Ahli bela diri
Kabukimono - Perkataan dari kabuku atau condong, ia merujuk kepada stail samurai berwarna-warni.
Mononofu (もののふ) - Istilah silam bererti wira.
Musha (武者) - Bentuk ringkasan Bugeisha (武芸者), harafiah. pakar bela diri.
Si (士) - Sepatah perkataan kanji untuk menggantikan perkataan samurai.
Tsuwamono (兵) - Istilah silam bagi tentera ditonjolkan oleh Matsuo Basho dalam haiku terkemukannya. Erti harafiahnya orang kuat.



Senjata
Seseorang samurai memgunakan pelbagai jenis senjata. Ia sering didakwa bahawa roh seseorang samurai terletak pada pedang katana yang dibawanya. Kadang-kala samurai digambarkan bergantung sepenuhnya kepada katana untuk berlawan. Ini seperti perbezaan antara peranan crossbow pada kasasteria Eropah zaman pertengahan (medieval) dan peranan pedang kepada kasasteria, simbol sebagai samurai dan bukannya kepentingan katana itu sendiri. Apabila mencecah usia tiga belas tahun, dalam upacara yang dikenali sebagai Genpuku (元服), kanak-kanak lelaki diberikan wakizashi dan nama dewasa dan menjadi samurai secara rasmi. Ini juga memberikan hak kepadanya untuk mengenakan katana walaupun ia biasanya diikat dengan benang bagi mengelakkan katana dihunus dengan tidak sengaja. Pasangan katana dan wakizashi dikenali sebagai Daisho, harafiahnya. besar dan kecil.


Senjata samurai yang digemari adalah yumi atau busar komposit dan ia kekal tidak berubah selama beberapa abad sehingga kemasukan ubat bedil dan rifle pada abad ke 16. Busar komposit stail Jepun adalah senjata yang berkuasa. Saiznya membenarkannya memanah pelbagai panah seperti panah berapi dan panag isyarat dengan tepat pada jarak melebihi 100 meter, melebihi 200 meter jikalau ketepatan tidak terlalu penting.. Ia biasanya digunakan secara berdiri dibelakang Tedate (手盾), perisai kayu yang besar tetapi ia juga boleh digunakan semasa menunggang kuda. Latihan memanah di belakang kuda menjadi istiadat Shinto, Yabusame (流鏑馬). Dalam pertempuran melawan penjajah Mongol, busar komposit ini menjadi senjata penentu melangkaui busar komposit kecil dan crossbow yang lebih digemari oleh tentera Mongol dan Cina. Pasukan tentera Mongol ketiadaan kuda yang telah digunakan dengan berkesan menentang musuh dan terpaksa berperang semasa berjalan kaki, dengan itu mengurangkan
keberkesanan mereka.



Pada abad ke 15, tombak yari menjadi senjata utama. Yari menggantikan naginata di lapangan pertempuran apabila keberanian individual kurang menjadi faktor dan pertempuran lebih tersusun. Ia lebih mudah dan merbahaya berbanding katana. Serbuan, berkuda atau berlari, lebih berkesan apabila menggunakan tombak dan memberikan peluang yang lebih baik berbanding samurai bersenjatakan katana. Dalam Pertempuran Sizugatake di mana Shibata Katsuie dikalahkan oleh Toyotomi Hideyoshi, masa itu turut dikenali sebagai Hashiba Hideyoshi, Tujuh Pemain Tombak Sizugatake (賤ヶ岳七本槍), Yari turut memainkan peranan penting dalam meraih kemenangan.

Salah satu perdebatan mengenai senjata samurai adalah sama ada samurai pernah menyerbu dengan menunggang kuda. Kuda pada masa itu adalah lebih kecil tetapi lebih bertenaga, bagaimanapun masih menjadi pertanyaan sejauh mana kuda masa itu mampu membawa samurai yang mengenakan perisai lengkap yang berat. Kepercayaan tradisi menegaskan bahawa samurai pada kebanyakan masa bertempur di belakang kuda dan bertindak sebagai tentera berkuda berat yang menyerbu bagi menembusi tentera berjalan kaki yang tidak mampu berbuat apa-apa. Pada masa kini, dipercayai bahawa samurai pada kebanyakan masa bertempur berjalan kaki dan menggunakan kuda untuk pengangkutan dan hanya sekali-sekala menyerbu dengan menunggang kuda pada musuh yang berterabur dan sedang berundur. Pertempuran Nagashino merupakan salah satu pertempuran di mana samurai dikatakan menyerbu di belakang kuda.



Selepas rifle matchlock diperkenalkan dari Europah, para samurai mula menggunakannya. Ia kemudiannya menjadi senjata kegemaran bagi bagi menembak curi di lapangan pertempuran di mana seseorang samurai diberi hadiah bagi setiap musuh yang dibunuhnya sendiri, walaupun memerintah merupakan aspek penting bagi samurai. Tentera berdaftar ( conscripted ) turut menggunakan rifles matchlock tetapi menembak secara serentak bagi memusnahkan barisan musuh. Pada akhir zaman feudal, sesetengah samurai menubuhkan dragoon sebagai sebahagian tentera dan sesetengahnya dilapurkan telah digunakan dalam Pertempuran Sekigahara dan pertempuran berikutnya.



Sesetengah samurai hanya bersenjatakan dengan katana di medan pertempuran. Takeda Shingen merupakan salah seorang samurai sedemikian. Ini tidak bererti bahawa mereka bertempur dengan menggunakan katana. Sebaliknya, mereka menumpukan pada mentakbir dan yakin bahawa mereka mampu dilindungi oleh tentera mereka. Dalam satu Pertempuran Kawanakajima, ini hampir mengakibatkan Shingen terbunuh. Pelannya tersilap dan tentera Uesugi Kenshin menyerbu tentera di bawah pemerintahan Shingen yang tidak menyedari rancangan perangkap mereka dikesan. Dengan hanya separuh tenteranya dan dikejutan sepenuhnya, Shingen sendiri terpaksa mempertahankan dirinya dengan menggunakan batang kayu yang digunakannya untuk memerintah serangan. Baki tenteranya hampir tidak sempat untuk menyelamatkan Shingen dan tenteranya yang lain daripada dihapuskan sepenuhnya.

Senjata lain yang digunakan oleh samurai adalah jo, bo, bom tangan, manjanik dan meriam. Bagaimanapun, sesetengah samurai mengemari yang lain. Dalam pertempuran sekitar pemulihan Meiji, lebih banyak senjata moden seperti Gatling gun dan rifle digunakan.

Sejarah

Asal Samurai
Sebelum Tempoh Heian, tentera di Japan diterapkan menurut tentera Cina dan di bawah pemerintahan langsung Maharaja. Kecuali hamba, semua lelaki berkemampuan mempunyai tanggungjawab untuk menyertai tentera. Mereka perlu membekalkan diri mereka sendiri dan ramai yang sesat atau berputus asa untuk pulang dan menetap dalam perjalanan pulang. Ini dianggap sebahagian daripada cukai dan ia boleh ditukar ganti dengan bentuk cukai yang lain seperti sekayu kain. Mereka ini dikenali sebagai Sakimori (防人), harafiah. pembela tetapi mereka tiada kaitan dengan samurai.

Pada awal tempoh Heian, akhir abad ke 8 dan awal abad ke 9, Maharaja Kammu cuba memantap dan meluaskan kuasanya di utara Honshu. Tentera yang dihantar untuk mematahkan pemberontak Emishi tidak berdisplin dan bersemangat dengan itu menemui kegagalan. Maharaja Kammu kemudiannya memperkenalkan gelaran Seiitaishogun (征夷大将軍) atau shogun dan mulai bergantung kepada puak daerah ( regional clans ) yang berkuasa bagi menjajah Emishi. Mahir dalam pertempuran berkuda dan memanah, wira puak clan warriors merupakan alat yang digemari Maharaja bagi mematahkan pemberontakan.

Semasa tempoh Heian, tentera maharaja dibubarkan dan kuasa maharaja beransur menjadi lemah. Walaupun maharaja masih merupakan pemerintah, puak-puak berkuasa disekeliling Kyoto mengambil kedudukan sebagai menteri dan sanak-saudara mereka membeli kedudukan sebagai hakim bagi mengumpul cukai. Untuk membayar hutang mereka dan mengumpul harta, mereka sering mengenakan cukai yang berat dan ramai petani terpaksa meninggalkan tanah mereka. Puak daerah ( Regional clans ) bertambah kuat dengan menawarkan cukai yang lebih rendah kepada rakyat mereka dan kebebasan dari kerahan tenaga ( conscription ). Puak-puak ini melengkapkan diri mereka untuk mematahkan puak dan hakim lain yang cuba mengutip cukai di kawasan mereka. Mereka akhirnya membentuk diri mereka kepada anggota bersenjata dan menjadi samurai.

Nama samurai datangnya dari pengawal istana maharaja dan pengawal persendirian yang digaji oleh puak-puak tersebut. Mereka bertindak sebagai polis dalam dan sekitar Kyoto. Anggota awal kepada apa yang dikenali sekarang sebagai samurai dilengkapi senjata oleh pemerintah dan perlu memahirkan diri dalam seni bela diri. Mereka merupakan Saburai, orang suruhan, tetapi kelebihan sebagai golongan bersenjata solo semakin menonjol. Dengan menjanjikan pelindungan dan mendapat kekuatan politik melalui perkahwinan politik mereka mengumpul kuasa yang akhirnya melebihi pemerintah bangsawan.

Sesetengah puak samurai berasal sebagai petani yang terpaksa mengangkat senjata bagi mempertahankan diri dari hakim yang dilantik maharaja untuk memerintah dan mengutip cukai di kawasan mereka. Puak-puak ini membentuk perikatan untuk mempertahankan diri mereka daripada puak-puak yang lebih berkuasa. Pada pertengahan zaman Heian, mereka telah menggunakan perisai dan senjata stail Jepun dan meletakkan asas kepada bushido, kod etik mereka yang terkenal.

Comments

Popular posts from this blog

[SEJARAH] Masyarakat Serani di MELAKA

Bangsa Serani hasil dari asimilasi Askar Portugis iaitu moyang kepada moyang (10 generasi) kepada Cristiano Ronaldo dan Nani telah menceroboh dan selanjutnya menjajah tanah Melaka pada abad ke 16. Orang melayu mulanya menggelar askar penjajah tersebut benggali puteh, yang mengingatkan mereka kepada pedagang Bengal tetapi dengan kulit cerah. Kemudian, masyarakat melayu menggelar mereka serani, asalnya dari perkataan nasrani iaitu pengikut jesus. Ketika zaman penjajahan oleh tentera portugis itu, wanita-wanita portugis telah dilarang dari mengikuti ekspedisi penjelajahan pelayar dan tentera kaum lelaki mereka memandangkan kepercayaan karut marut yang tidak membenarkan kaum wanita di atas kapal. Kerajaan portugis selanjutnya telah menggalakkan pelayar, penjelajah dan tentera mereka untuk mengahwini wanita tempatan di bawah polisi di tetapkan oleh Afonso de Albuquerque, pemerintah India ketika itu. Pada tahun 1604, sebanyak lebih kurang 200 perkahwinan campur telah direkodkan k

Timer Dan Pemasanggan

PEMASANGAN TIMER (SMK2 LA5) Salam Semua.. Timer yang saya gunakan adalah berjenama HAGER EH711, 240v, 50Hz dan boleh mengawal masa selama 24jam. Cara Memasang dan Litar Pendawaian Litar pada bahagian luar timer Kaki sambungan pada bahagian dalam timer 1. Pada bahagian luar timer tersebut, tertera 5 kaki sambungan untuk timer (manual disediakan dalam kotak bila dibeli). Kegunaan kaki sambungan timer adalah seperti berikut. - Kaki 1 & Kaki 2 - untuk sambungan ke main timer (salah satu wayar hidup dan satu lagi wayar neutral) - Kaki 3 - Sambungan sedia tutup ke beban ( normally close ), kaki 3 ini di sambungkan ke beban untuk keadaan asal beban akan hidup. - Kaki 4 - Kaki sambungan utama untuk memberi kuasa kepada beban. Biasanya kaki 4 ini akan disambung dengan wayar hidup dari sambungan utama (sama ada kaki 1 atau kaki 2 yang disambungkan dengan wayar hidup) - Kaki 5 - Sambungan sedia buka ke beban (normally open), kaki 5 ini di sambungkan ke beban untuk keadaan asal beban aka

Panduan Buku Log Elektrikal

Panduan Buku Log Buku Log adalah buku catatan untuk ‘merakam’ kerja – kerja yang telah kita lakukan. Untuk memduduki ujian kompentensi PW1, PW4, AO, A4, BO, B4, kita perlu menyediakan buku log kerana ini merupakan salah satu syarat yang telah ditetapkan oleh pihak Suruhanjaya Tenaga (ST). Kolum F ( PENGAKUAN – iv ) Borang Permohonan Peperiksaan Kekompetenan elektrik ada menyebutkan perkara ini. Buku Log bukan sahaja untuk rujukan kita pada masa – masa akan datang tetapi juga untuk menunjukkan sejauh mana pengalaman dan pemahaman kita tentag kerja – kerja yang telah kita buat. Maka, setiap Buku Log perlu ditulis dengan kemas. Sebagai contoh, saya akan ulas di sini penyediaan Buku Log untuk Penjaga Jentera Elektrik. Jika anda adalah pelatih / penuntut di mana – mana pusat latihan kemahiran seperti IKM atau ILP, anda memang telah disediakan Buku Log. Bagi calon persendirian, mungkin artikel ini boleh membantu. Pada beberapa muka surat pertama, tuliskan biodata seperti N