Skip to main content

Snouck Hurgronje jadikan Islam sebagai agama masjid



Snouck Hurgronje (TALAM 2 MUKA) dianggap sebagai perintis dasar wawasan kolonial Belanda berkenaan Islam di Indonesia. Hasil daripada idea beliau maka lahirlah Kantoor voor Inlandsche Zaken iaitu sebuah badan penasihat kepada pihak Belanda tentang masalah peribumi Acheh.

Badan ini dibawah seliaan Snouck Hurgronje. Snouck berprinsip bahawa pihak Belanda tidak perlu mengusik tradisi nenek-moyang dan agama kaum Acheh. Namun, pihak penjajah Belanda perlu berusaha untuk menjadikan Islam sebagai agama masjid. Dalam erti kata yang lain, Snouck bimbang bahawa Islam mampu menjadi wadah untuk bangsa Acheh bangkit menentang kelangsungan penjajahan Belanda di Hindia Timur.

Snouck juga melontarkan beberapa idea licik beliau iaitu beliau meminta pihak kolonis Belanda menyelia dan melaksanakan pengawasan terhadap tabung masjid-masjid di Acheh kerana dibimbangi akan digunakan untuk aktiviti jihad menentang kekuasaan Belanda.

Beliau menyarankan pihak penjajah Belanda membendung semangat Pan-Islamisme yang melanda di kebanyakan negara Islam yang terjajah dengan melaksanakan program yang ketat kepada jemaah haji Indonesia.

Snouck berusaha menyakinkan pihak penjajah Belanda bahawa ulama dan kiai tidak semuanya adalah fanatik. Snouck memberi pandangan bahawa penghulu kampung mesti dilantik daripada kalangan pro-Belanda dan jangan sesekali jawatan ini terlepas kepada mereka yang anti-Belanda kerana dibimbangi akan mengundang kesusahan di kemudian hari.

Snouck Hurgronje berwawasan politik neutral agama. Ia dapat dilihat daripada pandangan Snouck yang mahu pihak kolonis Belanda tidak terlampau terdesak untuk memurtadkan masyarakat Acheh. Sepanjang pergaulan Snouck dan penduduk setempat, Snouck melihat semakin hari semakin banyak pesantren dan sekolah agama wujud di segenap tempat di Acheh. Maka, program kristianisasi di Acheh tidak mungkin berjaya sepertimana yang mereka berjaya lakukan di beberapa tempat di Indonesia.

Jarum halus Snouck Hurgronje memiliki kesan jangka panjang yang besar yang mana kita boleh melihat kesannya pada hari ini di Indonesia mahupun Malaysia. Snouck memperkenalkan konsep Splitsingstheori. Konsep ini memberi bahana yang besar kepada umat Islam.

Snouck dengan liciknya cuba memisahkan tiga bahagian utama daripada Islam iaitu Agama, Sosial dan Politik. Ketiga-tiga bahagian ini dalam Islam tidak boleh dipisahkan kerana Islam adalah agama Politik dan agama Sosial. Dengan usaha jahat Snouck, umat Islam beransur-ansur menganggap Islam adalah terpisah daripada politik dan sosial dan hanya menganggap Islam itu agama di dalam masjid.

Selepas itu, Snouck cuba memasukkan elemen pembelajaran sekular dan kebudayaan barat ke dalam masyarakat Islam. Baginya, melalui cara ini masyarakat Islam lebih mudah meninggalkan ajaran Islam mereka di mana pada satu ketika kelak akan bangkit penentang Islam daripada masyarakat mereka sendiri.

Konsep Politik Asosiasi akhirnya memberi impak yang besar apabila Acheh akhirnya tersungkur pada tahun 1913. Rakyat Acheh miskipun terkenal sebagai orang alim ulama dan Acheh sendiri terkenal dengan jolokan negeri Serambi Mekah namun kejahilan terhadap agama bangkit tidak lama selepas itu.

Snouck Hurgroje adalah perisik paling berjaya di Indonesia

Tidak dinafikan Snouck Hurgroje adalah perisik dan orientalis paling berjaya di Indonesia. Beliau sanggup melakukan apa sahaja asalkan misi beliau di Indonesia berjaya. Snouck pernah berkahwin dua kali dengan gadis Melayu-Islam sepanjang berada di Indonesia. Kedua-dua anak gadis tersebut adalah anak kepada individu berpengaruh di kalangan masyarakat tempatan.


Isteri-isteri Snouck Hurgronje dan anak-anak beliau.

Perkahwinan pertama berlangsung pada 1890 dengan seorang puteri daripada Jawa Barat, Sangkana. Perkahwinan pertama melahirkan empat orang anak iaitu Salamah, ‘Umar, Aminah dan Ibrahim. Perkahwinan kedua pula dengan seorang anak seorang ulama iaitu Siti Sadijah. Perkahwinan ini melahirkan seorang anak iaitu Raden Yusuf.


Raden Yusuf yang dirakam pada 1982

Perkahwinan ini adalah untuk mengaburi mata-mata masyarakat tempatan daripada menghidu kelicikan beliau. Sepanjang misi beliau di Indonesia, beliau secara tidak langsung telah dibantu oleh beberapa pemimpin tempatan yang mana tidak menyedari mereka telah ditipu. Antaranya adalah Haji Hasan Musthafa yang pernah beliau temui dan berkawan akrab ketika di Mekah.

Snouck dilaporkan pernah berutus surat dengan mantan gurunya, Theodor Noldekhe. Noldekhe adalah seorang orientalis berbangsa Jerman terkenal. Dalam suratnya, Snouck menegaskan bahawa keIslaman dan semua tindakannya termasuk berkahwin adalah permainan helah untuk menipu warga tempatan khususnya di Acheh demi mendapatkan informasi.

Dalam tulisannya beliau menulis,

“Saya masuk Islam hanya pura-pura. Inilah satu-satulnya jalan agar saya boleh diterima masyarakat Indonesia yang fanatik“.

Akhir hayat

Snouck Hurgronje pulang ke Belanda pada tahun 1906 dan meneruskan kariernya sebagai pensyarah di Universiti Leiden dan jurusan Bahasa Arab dan Melayu. Snouck yang mahir berkomunikasi dalam bahasa Arab, Melayu, Acheh dan Jawa menjadi rujukan utama orientalis-orientalis Barat.

Snouck dilaporkan berkahwin dengan seorang wanita Kristian berbangsa Belanda, Ida Maria Oort pada 1910. Sepanjang di Belanda, beliau masih lagi aktif berkarya dengan mengkritik Islam dan politik Islam.

Pada tahun 26 Jun 1936, Snouck Hurgronje menghembuskan nafas terakhir ketika berusia 79 tahun

kredit takusahrisau.wordpress.com

TALAM 2 MUKA vs MUNAFIK!!

Comments

Popular posts from this blog

[SEJARAH] Masyarakat Serani di MELAKA

Bangsa Serani hasil dari asimilasi Askar Portugis iaitu moyang kepada moyang (10 generasi) kepada Cristiano Ronaldo dan Nani telah menceroboh dan selanjutnya menjajah tanah Melaka pada abad ke 16. Orang melayu mulanya menggelar askar penjajah tersebut benggali puteh, yang mengingatkan mereka kepada pedagang Bengal tetapi dengan kulit cerah. Kemudian, masyarakat melayu menggelar mereka serani, asalnya dari perkataan nasrani iaitu pengikut jesus. Ketika zaman penjajahan oleh tentera portugis itu, wanita-wanita portugis telah dilarang dari mengikuti ekspedisi penjelajahan pelayar dan tentera kaum lelaki mereka memandangkan kepercayaan karut marut yang tidak membenarkan kaum wanita di atas kapal. Kerajaan portugis selanjutnya telah menggalakkan pelayar, penjelajah dan tentera mereka untuk mengahwini wanita tempatan di bawah polisi di tetapkan oleh Afonso de Albuquerque, pemerintah India ketika itu. Pada tahun 1604, sebanyak lebih kurang 200 perkahwinan campur telah direkodkan k

Timer Dan Pemasanggan

PEMASANGAN TIMER (SMK2 LA5) Salam Semua.. Timer yang saya gunakan adalah berjenama HAGER EH711, 240v, 50Hz dan boleh mengawal masa selama 24jam. Cara Memasang dan Litar Pendawaian Litar pada bahagian luar timer Kaki sambungan pada bahagian dalam timer 1. Pada bahagian luar timer tersebut, tertera 5 kaki sambungan untuk timer (manual disediakan dalam kotak bila dibeli). Kegunaan kaki sambungan timer adalah seperti berikut. - Kaki 1 & Kaki 2 - untuk sambungan ke main timer (salah satu wayar hidup dan satu lagi wayar neutral) - Kaki 3 - Sambungan sedia tutup ke beban ( normally close ), kaki 3 ini di sambungkan ke beban untuk keadaan asal beban akan hidup. - Kaki 4 - Kaki sambungan utama untuk memberi kuasa kepada beban. Biasanya kaki 4 ini akan disambung dengan wayar hidup dari sambungan utama (sama ada kaki 1 atau kaki 2 yang disambungkan dengan wayar hidup) - Kaki 5 - Sambungan sedia buka ke beban (normally open), kaki 5 ini di sambungkan ke beban untuk keadaan asal beban aka

Panduan Buku Log Elektrikal

Panduan Buku Log Buku Log adalah buku catatan untuk ‘merakam’ kerja – kerja yang telah kita lakukan. Untuk memduduki ujian kompentensi PW1, PW4, AO, A4, BO, B4, kita perlu menyediakan buku log kerana ini merupakan salah satu syarat yang telah ditetapkan oleh pihak Suruhanjaya Tenaga (ST). Kolum F ( PENGAKUAN – iv ) Borang Permohonan Peperiksaan Kekompetenan elektrik ada menyebutkan perkara ini. Buku Log bukan sahaja untuk rujukan kita pada masa – masa akan datang tetapi juga untuk menunjukkan sejauh mana pengalaman dan pemahaman kita tentag kerja – kerja yang telah kita buat. Maka, setiap Buku Log perlu ditulis dengan kemas. Sebagai contoh, saya akan ulas di sini penyediaan Buku Log untuk Penjaga Jentera Elektrik. Jika anda adalah pelatih / penuntut di mana – mana pusat latihan kemahiran seperti IKM atau ILP, anda memang telah disediakan Buku Log. Bagi calon persendirian, mungkin artikel ini boleh membantu. Pada beberapa muka surat pertama, tuliskan biodata seperti N