Skip to main content

IDF or Zahal

Israel (Israeli Defence Forces IDF) atau nama singkatannya, Zahal, digeruni. Secara khususnya, segala aset nasional perlu memainkan peranan utama dalam mencapai matlamat mengekalkan kewujudan negara Israel. Terdapat lapan prinsip utama yang digariskan sebagai strategi nasional Israel. Pertama, Israel adalah satu bangsa yang bersatu berjuang (a nation in arms). Kedua, ia menggunakan konsep pertahanan (defence) sebagai strategi tetapi operasi ketenteraannya bersifat ofensif (menyerang). Ketiga, semua peperangan yang membabitkan Israel perlulah pendek untuk mencapai matlamat tertentu.


Keempat, Israel menyusun serangan peperangan menggunakan tenaga dan kerjasama pasukan kereta kebal dan pesawat pengebom. Kelima, Israel mementingkan kualiti anggota tentera daripada kuantiti. Keenam, dengan menentukan di mana garis merah dan sekiranya ada ancaman, Israel cepat menghukum lawannya. Ketujuh, Israel berpegang teguh kepada konsep tidak bergantung kepada sesiapapun (self-reliance). Akhir sekali, Israel sentiasa cuba meraih sokongan daripada rakan kongsi kuasa besar untuk mencapai hasratnya supaya terus wujud sebagai sebuah negara bangsa


Lanjutan daripada strategi kelapan, iaitu mendapat sokongan rakan kongsi kuasa besar, Israel sedar bahawa terdapat tiga unsure keuntungan yang boleh didapati daripada hubungan ini. Pertama, isu legitimasi kewujudannya akan diperkukuhkan menerusi pengiktirafan kuasa besar yang mempunyai pengaruh dalam sistem antarabangsa. Kedua, sektor ketenteraan dan ekonomi Israel amat memerlukan bantuan material untuk terus kukuh dan ketiga, negara Arab akan terpaksa menerima hakikat bahawa usaha menentang Israel hanya akan membawa kepada kerugian yang besar. 


Walau bagaimanapun, Israel telah mempelajari daripada pengalamannya dengan kuasa besar bahawa bantuan datang secara perlahan-lahan. Ini bermaksud Israel masih perlu bertungkus-lumus membina kemampuan berdikarinya dengan kadar segera. Segala pembangunan pendidikan, teknikal dan sumber manusia dipertingkatkan dengan cepat sehingga ekonomi Israel hampir mencapai matlamatnya. Malangnya, pada tahun 1955, Soviet Union membuat keputusan untuk melengkapi tentera Mesir dengan senjatanya dan secara lansung telah mencetuskan perlumbaan senjata di rantau Asia Tengah. Israel terpaksa mendapatkan bantuan dari luar melalui pinjaman dari Amerika Syarikat (AS), pampasan dari Jerman serta sumbangan masyarakat Yahudi luar Israel selain mengenakan cukai pendapatan yang tinggi untuk perbelanjaan ketenteraan.


Penubuhan Zahal pada 31 Mei 1948 adalah transformasi beberapa organisasi ketenteraan haram Israel, Haganah, menjadi satu angkatan tentera rasmi negara itu. Ben-Gurion tegas dengan pendiriannya untuk mewujudkan satu angkatan di bawah kawalan awam walaupun ditentang hebat kedua-dua parti berhaluan kiri dan kanan yang mempunyai kumpulan tentera sendiri. IDF diberi cabaran awal untuk menyatukan pelbagai unit yang berperang dalam Perang 1948 menjadi satu angkatan yang bekerjasama dan moden dari segi kemampuan ketenteraan udara dan darat (armor dan artileri). Kesemuanya di bawah pentadbiran satu ibupejabat manakala pengambilan rekrut tidak lagi berbeza-beza mengikut kawasan

Comments

Popular posts from this blog

[SEJARAH] Masyarakat Serani di MELAKA

Bangsa Serani hasil dari asimilasi Askar Portugis iaitu moyang kepada moyang (10 generasi) kepada Cristiano Ronaldo dan Nani telah menceroboh dan selanjutnya menjajah tanah Melaka pada abad ke 16. Orang melayu mulanya menggelar askar penjajah tersebut benggali puteh, yang mengingatkan mereka kepada pedagang Bengal tetapi dengan kulit cerah. Kemudian, masyarakat melayu menggelar mereka serani, asalnya dari perkataan nasrani iaitu pengikut jesus. Ketika zaman penjajahan oleh tentera portugis itu, wanita-wanita portugis telah dilarang dari mengikuti ekspedisi penjelajahan pelayar dan tentera kaum lelaki mereka memandangkan kepercayaan karut marut yang tidak membenarkan kaum wanita di atas kapal. Kerajaan portugis selanjutnya telah menggalakkan pelayar, penjelajah dan tentera mereka untuk mengahwini wanita tempatan di bawah polisi di tetapkan oleh Afonso de Albuquerque, pemerintah India ketika itu. Pada tahun 1604, sebanyak lebih kurang 200 perkahwinan campur telah direkodkan k

Timer Dan Pemasanggan

PEMASANGAN TIMER (SMK2 LA5) Salam Semua.. Timer yang saya gunakan adalah berjenama HAGER EH711, 240v, 50Hz dan boleh mengawal masa selama 24jam. Cara Memasang dan Litar Pendawaian Litar pada bahagian luar timer Kaki sambungan pada bahagian dalam timer 1. Pada bahagian luar timer tersebut, tertera 5 kaki sambungan untuk timer (manual disediakan dalam kotak bila dibeli). Kegunaan kaki sambungan timer adalah seperti berikut. - Kaki 1 & Kaki 2 - untuk sambungan ke main timer (salah satu wayar hidup dan satu lagi wayar neutral) - Kaki 3 - Sambungan sedia tutup ke beban ( normally close ), kaki 3 ini di sambungkan ke beban untuk keadaan asal beban akan hidup. - Kaki 4 - Kaki sambungan utama untuk memberi kuasa kepada beban. Biasanya kaki 4 ini akan disambung dengan wayar hidup dari sambungan utama (sama ada kaki 1 atau kaki 2 yang disambungkan dengan wayar hidup) - Kaki 5 - Sambungan sedia buka ke beban (normally open), kaki 5 ini di sambungkan ke beban untuk keadaan asal beban aka

Panduan Buku Log Elektrikal

Panduan Buku Log Buku Log adalah buku catatan untuk ‘merakam’ kerja – kerja yang telah kita lakukan. Untuk memduduki ujian kompentensi PW1, PW4, AO, A4, BO, B4, kita perlu menyediakan buku log kerana ini merupakan salah satu syarat yang telah ditetapkan oleh pihak Suruhanjaya Tenaga (ST). Kolum F ( PENGAKUAN – iv ) Borang Permohonan Peperiksaan Kekompetenan elektrik ada menyebutkan perkara ini. Buku Log bukan sahaja untuk rujukan kita pada masa – masa akan datang tetapi juga untuk menunjukkan sejauh mana pengalaman dan pemahaman kita tentag kerja – kerja yang telah kita buat. Maka, setiap Buku Log perlu ditulis dengan kemas. Sebagai contoh, saya akan ulas di sini penyediaan Buku Log untuk Penjaga Jentera Elektrik. Jika anda adalah pelatih / penuntut di mana – mana pusat latihan kemahiran seperti IKM atau ILP, anda memang telah disediakan Buku Log. Bagi calon persendirian, mungkin artikel ini boleh membantu. Pada beberapa muka surat pertama, tuliskan biodata seperti N