Skip to main content

POKOK ZAQQUM???



Ada yang cakap pokok2 ni pokok Zaqqum..

Saya dah jumpa info sebenar..

Pokok2 ni sbnrnya bukan pokok zaqqum..


Pokok renek ini dikenali sebagai pokok bunga snapdragon (Antirrhinum spp) .
Bunganya cantik semasa mekar dan apabila kering, bentuk pod benihnya seperti rupa tengkorak..

Banyak tumbuh di kawasan eropah, US, utara afrika dan sebahagian asia.

Maha besar Allah mencipta tumbuh-tumbuhan berbagai bentuk dan warna untuk hambanya yg berfikir ttg kebesaran-Nya.

*Pohon zaqqum hanya tumbuh dineraka, tidak didunia. Keadaan rupa bentuk pokok tersebut lebih teruk dan dashyat daripada yg kita mampu bayangkan..

~~~~~

📗‘Zaqqum’ (Bahasa Arab: زقوم) adalah pokok yang tempat tumbuhnya di neraka yang buahnya menjadi makanan penghuni neraka. Pokok Zaqqum bukanlah sebagai tempat untuk berteduh atau menikmati kelazatan buahnya. Menurut Al-Quran, buahnya seperti kepala syaitan dan jika dimakan rasanya seperti kuningan nanah dan besi yang dicairkan bahkan lebih teruk lagi daripada itu

📗Nabi Muhammad ﷺbersabda: “Kalaulah setitik air buah zaqqum itu menitik ke dalam dunia ini nescaya ia merosakkan penghidupan penduduk bumi, maka betapa halnya orang yang buah zaqqum itu menjadi makanannya.” (Hadis Riwayat At-Tirmizi r.a.)
📗Pokok Zaqqum ini tumbuhnya di dasar neraka. Akarnya menghujam jauh ke dalam, ia tidak akan terjejas oleh sekuat manapun badai neraka itu. Batangnya juga kuat, tak boleh diukur dengan kekuatan benda logam duniawi yang meleleh oleh panasnya api.
Allah سبحانه وتعالى berfirman:

إِنَّهَا شَجَرَةٌ تَخْرُجُ فِي أَصْلِ الْجَحِيمِ

“Sesungguhnya dia adalah sebatang pokok (Zaqqum) yang keluar dari dasar neraka Jahim (yang marak menjulang).”

(Surah Ash-Shaffat; Ayat 64)

📗Pokok Zaqqum bercabang-cabang dan menjalar menjulang tinggi keseluruh penjuru neraka. Sungguh tak terbayangkan tingginya pokok ini. Apabila seketul batu dilemparkan ke dalam neraka, dalam masa tujuh puluh tahun, belum tentu batu itu sampai ke dasar neraka. Maka setinggi neraka itulah pokok Zaqqum

📗penghuni neraka akan terbakar sehingga menampakkan gigi-gigi mereka. Tidak hanya itu, mereka akan menelan duri yang akan mengoyakkan kerongkong ketika buah itu ditelan dan sebelum buah itu sampai ke perut, buah itu akan membakar dan mengeluarkan segala isi perut.
Meskipun demikian keadaannya, penghuni neraka tetap saja memakannya dengan lahap, sehingga perut mereka mengelembung tetapi tidak juga berasa kenyang. Mereka memang tiada mempunyai pilihan lain, tidak ada makanan yang boleh dijadikan sebagai pengganti.



 

Comments

Popular posts from this blog

[SEJARAH] Masyarakat Serani di MELAKA

Bangsa Serani hasil dari asimilasi Askar Portugis iaitu moyang kepada moyang (10 generasi) kepada Cristiano Ronaldo dan Nani telah menceroboh dan selanjutnya menjajah tanah Melaka pada abad ke 16. Orang melayu mulanya menggelar askar penjajah tersebut benggali puteh, yang mengingatkan mereka kepada pedagang Bengal tetapi dengan kulit cerah. Kemudian, masyarakat melayu menggelar mereka serani, asalnya dari perkataan nasrani iaitu pengikut jesus. Ketika zaman penjajahan oleh tentera portugis itu, wanita-wanita portugis telah dilarang dari mengikuti ekspedisi penjelajahan pelayar dan tentera kaum lelaki mereka memandangkan kepercayaan karut marut yang tidak membenarkan kaum wanita di atas kapal. Kerajaan portugis selanjutnya telah menggalakkan pelayar, penjelajah dan tentera mereka untuk mengahwini wanita tempatan di bawah polisi di tetapkan oleh Afonso de Albuquerque, pemerintah India ketika itu. Pada tahun 1604, sebanyak lebih kurang 200 perkahwinan campur telah direkodkan k

Timer Dan Pemasanggan

PEMASANGAN TIMER (SMK2 LA5) Salam Semua.. Timer yang saya gunakan adalah berjenama HAGER EH711, 240v, 50Hz dan boleh mengawal masa selama 24jam. Cara Memasang dan Litar Pendawaian Litar pada bahagian luar timer Kaki sambungan pada bahagian dalam timer 1. Pada bahagian luar timer tersebut, tertera 5 kaki sambungan untuk timer (manual disediakan dalam kotak bila dibeli). Kegunaan kaki sambungan timer adalah seperti berikut. - Kaki 1 & Kaki 2 - untuk sambungan ke main timer (salah satu wayar hidup dan satu lagi wayar neutral) - Kaki 3 - Sambungan sedia tutup ke beban ( normally close ), kaki 3 ini di sambungkan ke beban untuk keadaan asal beban akan hidup. - Kaki 4 - Kaki sambungan utama untuk memberi kuasa kepada beban. Biasanya kaki 4 ini akan disambung dengan wayar hidup dari sambungan utama (sama ada kaki 1 atau kaki 2 yang disambungkan dengan wayar hidup) - Kaki 5 - Sambungan sedia buka ke beban (normally open), kaki 5 ini di sambungkan ke beban untuk keadaan asal beban aka

Panduan Buku Log Elektrikal

Panduan Buku Log Buku Log adalah buku catatan untuk ‘merakam’ kerja – kerja yang telah kita lakukan. Untuk memduduki ujian kompentensi PW1, PW4, AO, A4, BO, B4, kita perlu menyediakan buku log kerana ini merupakan salah satu syarat yang telah ditetapkan oleh pihak Suruhanjaya Tenaga (ST). Kolum F ( PENGAKUAN – iv ) Borang Permohonan Peperiksaan Kekompetenan elektrik ada menyebutkan perkara ini. Buku Log bukan sahaja untuk rujukan kita pada masa – masa akan datang tetapi juga untuk menunjukkan sejauh mana pengalaman dan pemahaman kita tentag kerja – kerja yang telah kita buat. Maka, setiap Buku Log perlu ditulis dengan kemas. Sebagai contoh, saya akan ulas di sini penyediaan Buku Log untuk Penjaga Jentera Elektrik. Jika anda adalah pelatih / penuntut di mana – mana pusat latihan kemahiran seperti IKM atau ILP, anda memang telah disediakan Buku Log. Bagi calon persendirian, mungkin artikel ini boleh membantu. Pada beberapa muka surat pertama, tuliskan biodata seperti N