STOCKHOLM 8 April – Dua lelaki ditahan selepas dipercayai terlibat dengan insiden rempuhan trak di sebuah pusat membeli-belah di sini hingga meragut sekurang-kurangnya empat nyawa semalam. BBC News memetik polis Sweden sebagai berkata, suspek pertama ditahan pada hari yang sama di Marsta, kira-kira 40 kilometer ke utara Stockholm atas dakwaan terlibat dengan aktiviti keganasan iaitu pembunuhan. Penahanan itu dibuat selepas polis menyiarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang menunjukkan gambar suspek yang memakai baju berselubung. Sementara itu, suspek kedua pula dilaporkan ditahan tidak lama selepas itu di Hjulsta, barat laut Stockholm. Menurut polis Sweden, siasatan mendapati suspek pertama mungkin pemandu trak yang dipercayai telah dicuri berhampiran sebuah restoran di situ sebelum kejadian. Media Sweden pula melaporkan, lelaki yang tidak dinamak...