Skip to main content

Rempuhan trak Stockholm, Sweden pada 2017



                                    







STOCKHOLM 8 April – Dua lelaki ditahan selepas dipercayai terlibat dengan insiden rempuhan trak di sebuah pusat membeli-belah di sini hingga meragut sekurang-kurangnya empat nyawa semalam.


BBC News memetik polis Sweden sebagai berkata, suspek pertama ditahan pada hari yang sama di Marsta, kira-kira 40 kilometer ke utara Stockholm atas dakwaan terlibat dengan aktiviti keganasan iaitu pembunuhan.


Penahanan itu dibuat selepas polis menyiarkan rakaman kame­ra litar tertutup (CCTV) yang me­nunjukkan gambar suspek yang memakai baju berselubung.


Sementara itu, suspek kedua pula dilaporkan ditahan tidak lama selepas itu di Hjulsta, barat laut Stockholm.


Menurut polis Sweden, siasatan mendapati suspek pertama mungkin pemandu trak yang dipercayai telah dicuri berhampiran sebuah restoran di situ sebelum kejadian.


Media Sweden pula melaporkan, lelaki yang tidak dinamakan itu berusia 39 tahun dan berasal dari Uzbekistan.


Dalam kejadian tengah hari semalam waktu tempatan itu, ber­belas-belas orang dilaporkan turut cedera dengan sembilan daripada mereka termasuk seorang kanak-kanak masih dirawat di hospital.


Perdana Menteri Sweden, Stefan Lofven kemudian menyifatkan tragedi rempuhan itu sebagai serangan pengganas.


Ekoran tragedi itu juga, pusat bandar Stockholm terpaksa ditutup buat sementara waktu manakala beberapa pengangkutan awam termasuk bas dan tren menghentikan operasi masing-masing.


Seorang saksi yang hanya dikenali sebagai Dimitris memberitahu akhbar tempatan, Aftonbladet, trak itu muncul secara tiba-tiba dan merempuh orang ramai.


“Saya tidak sempat melihat pemandunya kerana saya berlari meninggalkan tempat kejadian secepat mungkin untuk menyelamatkan diri,” katanya.


Dalam perkembangan ber­kai­tan, stesen televisyen Sweden, SVT yang memetik satu sumber daripada pihak berkuasa sebagai berkata, polis telah me­nemukan sejumlah bahan letupan dalam trak berkenaan. – AFP/REUTERS/AGENSI

Comments

Popular posts from this blog

[SEJARAH] Masyarakat Serani di MELAKA

Bangsa Serani hasil dari asimilasi Askar Portugis iaitu moyang kepada moyang (10 generasi) kepada Cristiano Ronaldo dan Nani telah menceroboh dan selanjutnya menjajah tanah Melaka pada abad ke 16. Orang melayu mulanya menggelar askar penjajah tersebut benggali puteh, yang mengingatkan mereka kepada pedagang Bengal tetapi dengan kulit cerah. Kemudian, masyarakat melayu menggelar mereka serani, asalnya dari perkataan nasrani iaitu pengikut jesus. Ketika zaman penjajahan oleh tentera portugis itu, wanita-wanita portugis telah dilarang dari mengikuti ekspedisi penjelajahan pelayar dan tentera kaum lelaki mereka memandangkan kepercayaan karut marut yang tidak membenarkan kaum wanita di atas kapal. Kerajaan portugis selanjutnya telah menggalakkan pelayar, penjelajah dan tentera mereka untuk mengahwini wanita tempatan di bawah polisi di tetapkan oleh Afonso de Albuquerque, pemerintah India ketika itu. Pada tahun 1604, sebanyak lebih kurang 200 perkahwinan campur telah direkodkan k...

Elektrikal:senarai harga 2014-2016

Harga Perkhidmatan Elektrik Rumah Kediaman Domestik   KAMI DI SERATA TEMPAT...ASAL BARANG JADI UWANG MELAKA,PUCHONG,KINRARA syeksen 16 Shah alam {JIKA TEMPAT LAIN BOLEH BERTANYA DAHULU} syeksen 16 Shah alam sahaja Harga Pendawaian: Pendawaian Elektrik Surface (casing/upvc conduit) : - Harga pendawaian lampu RM60 - Harga pendawaian kipas RM60 - Harga pendawaian soket plug RM90 - Harga pendawaian water heater dari RM140 - Harga pendawaian aircond dari RM140 - Harga pendawaian Auto Gate dari RM480 Papan Agihan (DB-Distribution Board): Harga bergantung kepada jenis Gred dan kuantiti MCB - 1 unit Kotak Agihan dari RM400 10. Pemasangan pemutus litar ke bumi(Earthing) menggunakan rod kuprum dan penyediaan tapak rod = RM150/lot * Nota: Harga pendawaian di atas adalah termasuk soket dan suis menggunakan penyaluran kabel PVC atau uPVC conduit di permukaan. Harga Pemasangan Lampu dan Kipas: 1. Pasang semua jenis lampu filamen = RM10 2. Pasang semua jenis lampu...

Panduan Buku Log Elektrikal

Panduan Buku Log Buku Log adalah buku catatan untuk ‘merakam’ kerja – kerja yang telah kita lakukan. Untuk memduduki ujian kompentensi PW1, PW4, AO, A4, BO, B4, kita perlu menyediakan buku log kerana ini merupakan salah satu syarat yang telah ditetapkan oleh pihak Suruhanjaya Tenaga (ST). Kolum F ( PENGAKUAN – iv ) Borang Permohonan Peperiksaan Kekompetenan elektrik ada menyebutkan perkara ini. Buku Log bukan sahaja untuk rujukan kita pada masa – masa akan datang tetapi juga untuk menunjukkan sejauh mana pengalaman dan pemahaman kita tentag kerja – kerja yang telah kita buat. Maka, setiap Buku Log perlu ditulis dengan kemas. Sebagai contoh, saya akan ulas di sini penyediaan Buku Log untuk Penjaga Jentera Elektrik. Jika anda adalah pelatih / penuntut di mana – mana pusat latihan kemahiran seperti IKM atau ILP, anda memang telah disediakan Buku Log. Bagi calon persendirian, mungkin artikel ini boleh membantu. Pada beberapa muka surat pertama, tuliskan biodata seperti N...