Skip to main content

Jenis dan Sifat Logam

'METOLOGI’

Logam terbahagi kepada dua jenis iaitu:-
                                 
1.     Ferrous metal (logam ferrous)

Adalah logam yang mengandungi campuran karbon. Logam jenis ini mudah berkarat dan suhu kecairannya tinggi. Ini disebabkan oleh kerana campuran karbon dalam logam akan menghasilkan suhu kecairan yang tinggi.

Contohnya: Wrought Iron, Mild Steel, Cast Iron, Stainless Steel Dan Stool Steel.

2.     Non ferrous metal (logam bukan feros)

Ialah logam yang mengandungi sedikit campuran logam karbon atau tidak mengandungi langsung karbon.

Contohnya: Emas,Perak,Tembaga,Timah ,Brass, Aluminium,



Jenis Logam Feros.


1. Besi Jongkong.

 Besi yang lebur dituangkan dalam acuan berbentuk jongkong. Tiap satu beratnya antara 50ib hingga 100ib. Besi jongkong mengandungi karbon antara 5.2% hingga 5.9%. Besi jongkong ini keras dan rapuh.

1.Besi Tuang (Cast Iron)


      Mengandungi 4.75% karbon dan lain campuran asing seperti silicon dan sulfur. Dinamakan besi tuangan kerana besi jongkong yang telah dilebur dituang dalam acuan yang biasa dibuat dari pasir. Acuan inilah yang akan membentuk bentuk besi tuangan.

      Bersifat rapuh, tidak boleh ditempa, tidak boleh dibentuk tapi boleh dikimpal dan dipotong serta dimesin.


  2.   Jenis besi tuangan:


    I.    Besi tuangan kelabu ( Grey Cast Iron)

    ii.   Besi Tuangan Putih (White Cast Iron)

    iii.  Besi Tuangan Liat (Mealleable cast Iron)

    iv.  Besi Tuangan Nodular (Nodular Cast Iron)


3.   Keluli Karbon Biasa (steel)


Didapati hasil daripada mengeluarkan benda asing dan kemudian dicampurkan pula dengan karbon bagi menghasilkan keluli bermutu tinggi. Bagi menghasilkan keluli semua benda asing ini terbakar ataupun dioksidakan daripada besi. kandungan karbon akan berkurangan daripada 1% - 0.08%.


Jenis keluli karbon biasa:

a)     Keluli berkarbon rendah (low karbon steel)
Dikenali juga sebagai keluli lembut (mild steel). Mengandungi Kabon antara 0.05% hingga 0.30%. Mempunyai sifat mulur dan boleh ditempa. Boleh dikerjakan semasa sejuk atau panas. Boleh dikeraskan (harden). Kegunaannya membuat skru, paku, dawai dan lain-lain.

b)    keluli berkarbon sederhana (medium karbon steel) Mengandungi karbon 0.30% hingga 0.80%.kandungan karbon tinggi menjadikanya kasar dan mempunyai keliutan seperti keluli berkarbon rendah. menghasilkan kekuatan yang sederhana. kegunaannya membuat cranshaft dsb.


c)     Keluli berkarbon tinggi.
Mengandungi karbon 0.6% hingga 1.5% tetapi kandunga maksima tidak melebihi 1.7%. Mempunyai kekuatan regangan yang tinggi dan boleh dikeraskan. Kegunaannya membuat alat luar dan dalam seperti mata gerudi, alat memotong, kikir dan alat pertanian.


4.  Keluli Pancalogam (Alloy Steel).
Ialah keluli yang mengandungi lebih dari dua elimen, mengandungi karbon dan lain-lain unsur seperti chromium, silicon, tungsten, vanadium dan sebagainya. Unsur ini akan menjadikan logam tersebut bertambah kukuh, tahan geseran. Kegunaannya membuat alat memotong logam lain seperti high speed steel dan keluli stainless steel.


Jenis-jenis logam bukan feros.

1.     Tembaga (copper)
Sejenis logam berwarna coklat kemerahan, mempunyai  permukaan yang kilat dan tidak  bercalar atau cacat dipermukaannya. Sifatnya pengalir haba yang baik, suhu kecairan 1980°F (1100°c) boleh digulung sejuk kepada kepingan nipis, mudanh dipotong, kikir, bengkok dan senag digilap.

2.   Loyang (Brass)
Ialah pancalogam tembaga dan zink (Cu + Zn) . Terdapat dua jenis. Pertama loyang campuranya ( 70% tembaga + 30% zink ) berwarna unggu dan loyang campuranya ( 90% + 10% zink ) berwarna emas kekuningan. Loyang apabila dikerjakan akan menjadi keras dengan
cepat dan memerlukan proses annealing ( proses melembutkan logam ). Loyang senag dipotong, kikir dan diwarnakan.

3.   Gangsa (Bronze)
Ialah pancalogam tembaga 90% + 10%. Pancalogam ini lebih kuat daripada tembaga dan loyang, menjadikan satu logam yang baik dan berwarna kekuningan emas. Terdapat juga yang tidak bercampur dengan timah iaitu gangsa aluminium.Kegunaan utamanya ialah untuk seni logam. Mudah dipotong dan dikikir.

4.   Aluminium.
Berasal dari bijih boksait dalam bentuk batu lembut seperti kapur. Boksait biasanya mengandungi 32% aluminium. Ia paling ringan, berwarna putih dan tidak berkarat. Ia juga tidak berbunga api apabila dicanai dan tidak bertukar warna apabial dipanaskan. Pengalir haba yang baik dan tidak digunakan dalam bentuk asal tetapi dcampur dengan logam lain seperti karbon, silicon dan zink.

5.   Zink
Berwarna putih kebiruan. Logam yang lembut dan mudah dibentuk dan boleh dituang. Digunakan sebagai pelindung logam lain seperti zinc galvani.

6.   Perak ( Silver )
Sejenis logam yang cantik da berkilat berwarna putih. Perak yang tulin adalah lembut sesuai
untuk perhiasan. Merupakan pengalir letrikyang terbaik. Suhu kecairannya 960°c.

7.   Nickel.
 Logam berwarna putih perak. Ianya keras dan tidak bertukar di udara kering. Di gunakan untuk membuat
pancalogam lain. Bersifat magnatik dan boleh dikimpal kerana mempunyai karbon. Suhu kecairannya ialah

 8.   Chromium.
Berwarna putih kelabu dan keras. Tidak bertindak dengan oksigen. Digunakan untuk membuat
pancalogam. Apabila ditambah pada logam yang lain ia akan menjadikannya keras dan menahan
 karat. Suhu kecairannya ialah 2770°F (1520°c ).

 9.   Emas ( Gold )
Sejenis logam yang berat dan berwarna kekuningan. Logam yang paling liat. Suhu kecairannya ialah  1900°F ( 1060°c ).

10.  Suasa
Ialah pancalogam campuran 60% nickle, 38% tembaga merah dan sedikit manganese dan aluminium.
 Logam yang kukuh dan boleh dipotong dan dimesin, boleh ditempa dan dituang dan boleh menahan
daripada hakisan.

 11.  Timah Hitam ( Plumbum )
 Sejenis logam yang paling lembut tapi berat. Berwarna putih tetapi selepas dipotong bertukar menjadi 
kelabu gelap jika terkena udara. Boleh bertindak dengan oksigen dalam udara lembab dan boleh menahan
dari tindakkan asid hidroklorid cair dan asid sulfik. Boleh dicampurkan dengan logam timah dan antimoni

Comments

Popular posts from this blog

[SEJARAH] Masyarakat Serani di MELAKA

Bangsa Serani hasil dari asimilasi Askar Portugis iaitu moyang kepada moyang (10 generasi) kepada Cristiano Ronaldo dan Nani telah menceroboh dan selanjutnya menjajah tanah Melaka pada abad ke 16. Orang melayu mulanya menggelar askar penjajah tersebut benggali puteh, yang mengingatkan mereka kepada pedagang Bengal tetapi dengan kulit cerah. Kemudian, masyarakat melayu menggelar mereka serani, asalnya dari perkataan nasrani iaitu pengikut jesus. Ketika zaman penjajahan oleh tentera portugis itu, wanita-wanita portugis telah dilarang dari mengikuti ekspedisi penjelajahan pelayar dan tentera kaum lelaki mereka memandangkan kepercayaan karut marut yang tidak membenarkan kaum wanita di atas kapal. Kerajaan portugis selanjutnya telah menggalakkan pelayar, penjelajah dan tentera mereka untuk mengahwini wanita tempatan di bawah polisi di tetapkan oleh Afonso de Albuquerque, pemerintah India ketika itu. Pada tahun 1604, sebanyak lebih kurang 200 perkahwinan campur telah direkodkan k

Timer Dan Pemasanggan

PEMASANGAN TIMER (SMK2 LA5) Salam Semua.. Timer yang saya gunakan adalah berjenama HAGER EH711, 240v, 50Hz dan boleh mengawal masa selama 24jam. Cara Memasang dan Litar Pendawaian Litar pada bahagian luar timer Kaki sambungan pada bahagian dalam timer 1. Pada bahagian luar timer tersebut, tertera 5 kaki sambungan untuk timer (manual disediakan dalam kotak bila dibeli). Kegunaan kaki sambungan timer adalah seperti berikut. - Kaki 1 & Kaki 2 - untuk sambungan ke main timer (salah satu wayar hidup dan satu lagi wayar neutral) - Kaki 3 - Sambungan sedia tutup ke beban ( normally close ), kaki 3 ini di sambungkan ke beban untuk keadaan asal beban akan hidup. - Kaki 4 - Kaki sambungan utama untuk memberi kuasa kepada beban. Biasanya kaki 4 ini akan disambung dengan wayar hidup dari sambungan utama (sama ada kaki 1 atau kaki 2 yang disambungkan dengan wayar hidup) - Kaki 5 - Sambungan sedia buka ke beban (normally open), kaki 5 ini di sambungkan ke beban untuk keadaan asal beban aka

Panduan Buku Log Elektrikal

Panduan Buku Log Buku Log adalah buku catatan untuk ‘merakam’ kerja – kerja yang telah kita lakukan. Untuk memduduki ujian kompentensi PW1, PW4, AO, A4, BO, B4, kita perlu menyediakan buku log kerana ini merupakan salah satu syarat yang telah ditetapkan oleh pihak Suruhanjaya Tenaga (ST). Kolum F ( PENGAKUAN – iv ) Borang Permohonan Peperiksaan Kekompetenan elektrik ada menyebutkan perkara ini. Buku Log bukan sahaja untuk rujukan kita pada masa – masa akan datang tetapi juga untuk menunjukkan sejauh mana pengalaman dan pemahaman kita tentag kerja – kerja yang telah kita buat. Maka, setiap Buku Log perlu ditulis dengan kemas. Sebagai contoh, saya akan ulas di sini penyediaan Buku Log untuk Penjaga Jentera Elektrik. Jika anda adalah pelatih / penuntut di mana – mana pusat latihan kemahiran seperti IKM atau ILP, anda memang telah disediakan Buku Log. Bagi calon persendirian, mungkin artikel ini boleh membantu. Pada beberapa muka surat pertama, tuliskan biodata seperti N