Skip to main content

Dinar Emas Melaka Di Pulau Nangka ?

Singgah di YouTube juga

3 tempat masih tersimpan dinar emas melaka

Dinarar Emas Melaka, Benda ni dah start 30 tahun lebih,macam macam kisah aku dengar.tapi sampai hari ni masih belum terbukti

Kosmo baru baru ni

https://www.kosmo.com.my/2021/06/27/penunggu-harta-sultan-mahmud/

Ini petikan Melaka kini

https://melakakini.my/misteri-pulau-nangka-ingat-lagi-tak/

''Dilaporkan juga, Sultan Mahmud menanam sebahagian hartanya berupa wang emas, pakaian dan jongkong di pulau itu ketika penjajahan Portugis pada tahun 1511,""

Pasal wang emas?? Dinar Emas Melaka???

Baru baru ni kecoh semula kes Harta karun ni... PKP ni orang tengah sesak duit dan makanan.. orang tengah panas pasal lock down,korang jangan tambah minyak lagi.,

Ok sambung,

Kalau selama aku hidup ni... belum pernah melihat Wang emas Melaka...siapa ada gambar duit emas melaka,meh bagi link atau gambar

Korang Google la pasal duit emas melaka.. baca sikit info pasal duit emas kesultanan Melaka

Tak wujud sehingga hari ini..tak ada pembuktian.selagi tak jumpa..

Habis tu duit emas mana Yang di maksudkan...

Aku Harap duit emas Melaka lah yang di maksudkan ni.

Ok korang baca artikel kat bawah ni...pasal duit Melaka..dan yang menariknya selepas keluar artikel ni oada bulan 4 April 2019

Ada orang menemui Duit Portugis Melaka dan terbuktilah emas melaka di zaman portugis wujud.

Duit Emas portugis adalah hasil duit emas melaka yang di leburkan dan di cetak semula


Misteri Dinar Emas Melaka

Oleh YUSRIN FAIDZ YUSUFF

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10213289834504791&id=1365243090

Kerana ketiadaan bukti fizikal, kewujudan dinar atau syiling emas Kesultanan Melaka menjadi suatu tanda tanya. Ini menyebabkan ada yang menyatakan bahawa ianya tidak pernah wujud.  Ada pula yang berpendapat bahawa Melaka tidak mengeluarkan syiling emasnya sendiri dan hanya menggunakan wang emas dari negara lain seperti Pasai, Cina atau India.

Menurut 'The Malacca Coinage' oleh William Shaw & Md Kassim bin Haji Ali (1970), semasa di zaman pemerintahan Parameswara (1344-1414), Melaka telah mengeluarkan syiling emas mengikut rekabentuk dan gaya wang emas Pasai (gambar 1). Saya petik penulisannya di sini:

"The first Malacca coinage was not, however, patterned on the Chinese cash, but upon the pitis of Pasai. This north Sumatran state, which occupied a strategic position at the entrance of the Straits of Malacca, had long been a trading place for Arab and Muslim Indian merchants. Through their influence, a commercial coinage of minted gold dinars and fractional tin cash had been established"

Juga terdapat bukti primer dalam rekod Sejarah Ming iaitu Ming Shi-Lu (MSL) bertarikh 9.6.1475 yang mencatatkan bahawa Kesultanan Melaka memberi ufti dalam bentuk syiling emas semasa zaman pemerintahan Sultan Mansur Shah (1459-1477). Saya petik rekod MSL tersebut: 

"The chief envoy Duan Ma-mi, the deputy envoy and others who had been sent by the country of Melaka, presented a gold-leaf memorial as well as elephants, horses, cassowaries, white parrots, gold coins, leopards and other products. A banquet as well as suits of clothing and biao-li of variegated silks were conferred upon them. They were also given variegated silks, silk gauzes and brocades to confer, on their return, upon the king of their country, the king's consort and the king's son, as appropriate..."

Pada kebiasaannya, Kerajaan Ming tidak akan menerima ufti dalam bentuk barangan atau matawang negara lain. Ini adalah kerana sebagai tanda taat setia, ufti wajib diperbuat atau dari sumber hasil bumi kerajaan yang memberi ufti. Pada mereka, semuanya mesti mengikut aturan dan perjalanan yang ditetapkan yang digambarkan seperti perjalanan cakerawala. Percubaan negara ufti untuk berdagang atau bertukar ufti ditolak sama sekali oleh Kerajaan Ming. Malah percubaan negara ufti Sa-ma-er-han (Samarkand, Uzbekistan) untuk menggunakan laluan Selat Melaka sebagai alternatif Laluan Sutera daratan dilarang sama sekali kerana dikatakan akan mendatangkan nasib malang kepada penduduk pelabuhan Guangdong, Cina (MSL, 25.6.1485). Jadi syiling emas Melaka yang diberikan oleh Sultan Mansur Shah sebagai ufti tidak mungkin berbentuk syling emas dari negara lain.

Seterusnya, menurut RF Marx & J Marx dalam buku 'Treasure Lost at Sea: Diving to the World’s Great Shipwrecks' (2004), harta Melaka yang karam bersama Flor de la Mar dikatakan termasuk syiling emas: 

"The spoils the Portuguese took from Malacca staggered the imagination. More than sixty tons of gold booty in the form of animals, birds, gilded furniture, ingots and coinage came from the sultan’s palace alone,”

Ini menunjukkan bahawa terdapat syiling emas yang menjadi sebahagian dari hasil rampasan perang yang ingin dihantar pulang ke Lisbon.

Menurut sumber 'The Malacca Coinage' (1970) lagi, selepas Melaka jatuh ke tangan Portugis pada 1511, Alfonso de Albuquerque mengarahkan syiling Kesultanan Melaka dilebur dan syiling denominasi baru dikeluarkan iaitu menggantinya dengan syiling "gold Catholico" bagi syiling emas, syiling "Malaquese" bagi syiling perak, dan syiling-syiling "bastardo", "soldo"  & "dinheiro" dari logam timah & pewter.

Fakta ini disokong oleh Comentários de Afonso de Albuquerque (1557) yang ditulis Bras de Albuquerque, di mana modus operandi yang sama di Goa diulangi di Melaka iaitu pengisytiharan am telah dibuat untuk melarang penggunaan wang syiling Kesultanan Melaka. Seterusnya satu tempoh moratorium diberikan untuk mengemukakan semua jenis syiling Kesultanan Melaka termasuk syiling emas untuk dileburkan dan ditukar kepada syiling-syiling cetakan Portugis; di mana hukuman bunuh akan dijatuhkan sekiranya sesiapa didapati masih menyimpannya selepas tempoh yang ditetapkan. Bras menyatakan ini adalah kerana Portugis Melaka tidak mempunyai syiling emas dan perak dan pedagang ketika itu terpaksa menggunakan sistem barter yang amnya menimbulkan kesukaran dalam penilaian.

Ini bermakna baki syiling emas Kesultanan Melaka yang berada dalam pegangan pedagang dan rakyat Melaka telah diambil dan dilebur secara sistematik berpandukan undang-undang yang dikuatkuasakan. Saya percaya ini adalah antara sebab utama mengapa tidak lagi wujud bukti fizikal dinar atau syiling emas Kesultanan Melaka tersebut. 

Satu lagi faktor adalah syiling emas dan perak di zaman Kesultanan Melaka dan juga di zaman Portugis Melaka diberi nilai muka (face value) lebih tinggi dari nilai sebenar logam demi untuk membenteras peleburan dan/atau pelupusan. Jadi setiap kali tumbangnya Melaka, inflasi berlaku dan nilai syiling emas juga jatuh di mana tidak ada sebab untuk pengguna menyimpannya selain dari memperdagangkannya sebagai nilai intrinsik emas itu sendiri. Konsep ekonomi ini mula dikenali sekitar abad ke-19 sebagai "Gresham's law". Hakikat ini menyebabkan syiling emas tersebut ditukar kepada matawang yang lebih berdaya menyimpan nilai, dan akhirnya dilebur untuk dibentuk sebagai barangan kemas atau matawang sesuatu pemerintahan yang baru.

Saya percaya konsep dan hakikat "Gresham's law" ini juga adalah sebab mengapa baki syiling emas yang berjaya dibawa oleh Sultan Mahmud Shah dan rakyat Melaka ke Johor tidak dapat dijumpai. Ini adalah kerana ianya telah menjalani perubahan bentuk apabila dilebur dan dicetak semula semasa pemerintahan puteranya iaitu Sultan Alauddin Riayat Shah II (1513-1564) demi untuk mengelak kejatuhan nilai muka (lihat gambar 2). 

Pelupusan dan perubahan syiling juga berlaku apabila Portugis Melaka jatuh ke tangan Belanda pada 1641 di mana syiling Portugis Melaka diganti dengan syiling Belanda. Jadi, setelah berkurun lamanya, bukan sahaja dinar emas Kesultanan Melaka tidak dapat ditemukan, malah kewujudan syiling emas Portugis Melaka iaitu 'gold Catholico' turut tidak dapat dibuktikan secara penemuan fizikal. 

Sumber:

1. The Ming Shi-lu (veritable records of the Ming Dynasty) as a source for Southeast Asian history, 14th to 17th centuries, Geoffrey Wade (1994).

2. Comentários de Afonso de Albuquerque, (1557), t. A Bailo, Combra (1923).

3. The Malacca Coinage', William Shaw & Md Kassim bin Haji Ali, (1970).

4. 'Treasure Lost at Sea: Diving to the World’s Great Shipwrecks', RF Marx & J Marx (2004)

5. https://en.m.wikipedia.org/wiki/Gresham%27s_law

Aku duduk dan membesar di Melaka,selalu juga ke Pulau berhampiran  Pulau nangka ni... Pulau ni sekali je aku singgah memancing bdan melihat kesan tinggalan pencarian Harta karun ni...

Kalau korang jenis cintakan alam semesta ...Baik korang lihat sendirila kawasan yang mereka teroka...

Batu berlubang.

Tingalan besi dan sisa pengorekan di biarkan.

Rupa bentuk asal Pulau berubah.

Bahan dan sampah membuatkan Pulau ni tak dara lagi.

Kalau nak buat kajian pun dah tak best san fresh.

Aku Rasa Pihak berwajib kena game dengan Bomoh atau Geng kaki projek...Mana tak nya, peruntukan di beri hasil tak ada...kira membazirkan duit je namanya...

Aku harap duit Melaka di temui di pulau nangka

Terbaru sebelum ni ,Melaka menemui Rangka kapal berusia 500 tahun... tapi senyap je ..kapal dah hilang ke atau jin dah tenggelamkan semula?

Ok berbalik pada kisah terbaru ni.

https://www.melakahariini.my/beratus-tan-harta-karun-di-pulau-nangka-berpenunggu/

Petikan dalam kenyataan mereka

Kaedah moden telah mengesahkan memang terdapat logam, kita tak tahu logam apa, kalau dalam bacaan dia ‘indicator’ warna merah yang bersifat ‘panas’. Jadi kalau bersifat panas ini faham-faham sahajalah (berpenunggu).

Sembang la...ni semua jawapan Geng totok.eh geram pulak aku baca🤬

Ni semua jawapan mereka, selepas gagal pencarian ... sembang

Yang jenis tak normal...eh paranormal ha.. paranormal

mereka cakap ada jin jaga...sebab pembesar  Sultan guna khadam untuk jaga harta

Pasal alam jin tu, Aku tak boleh terimalah, pasal Pembesar- pembesar istana dahulu teruk sangat ke, sampai pakai khidmat jin ini?. Apasal masa portugis serang melaka 1511,dia tak suruh jin lawan je 🤬

"Bodoh dan singkatnya pemikiran dan ilmu agama mereka kalau macam tu,Beriman kepada Allah dan RasulNya tetapi pada masa yang sama syirik kepadaNya. Kalau dah jin kau jadikan pendamping, hancurlah iman dan amalan kau dipesongkannya. Sampai sekarang masih berkeliaran jin-jin saka keturunan tak bertuan ini di sekitar Pulau nangka..dan kampung-kampung berhampiran.

Syukurlah generasi moden ini dah tak perlukan khidmat nasihat jin lagi. Mereka dah hantar anak-anak cucu mereka ke sekolah dan sekolah agama, mencari keredhaan Allah, bukan kemurkaanNya.

Bahkan Di pulau Berhampiran iaitu Pulau Besar telah di bina pusat Tahfiz..dan Pulau besar juga dulunya tempat Orang menimba ilmu Agama. Jolokan serambi mekah di nusantara satu ketika dulu"

Aku minta pihak JAIM atau mana mana guru Agama sekolah kan sikit pihak pihak berwajib ni...Jangan guna alasan jin bagai...bila gagal dapatkan Harta karun.

Aku rasa Kalau pihak berwajib masih nak meneruskan juga...kena buka tander terbuka untuk proses ni... bukan guna orang dia yang banyak guna alatan salah dan tak tepat.

Kalau betul nak cari lantiklah pihak USM iaitu Universiti Sains Malaysia...aku lebih percaya cara kerja mereka dari badan badan  atau kontraktor lain yang buat projek sebelum ni

Ni antara liputan jumpa Harta karun

http://lahabaw.blogspot.com/2014/04/harta-sultan-melaka-1511-di-pulau-nangka.html?m=1


 https://www.bharian.com.my/bhplus-old/2015/03/41216/pencarian-harta-karun-pulau-nangka-dihentikan

Comments

Popular posts from this blog

[SEJARAH] Masyarakat Serani di MELAKA

Bangsa Serani hasil dari asimilasi Askar Portugis iaitu moyang kepada moyang (10 generasi) kepada Cristiano Ronaldo dan Nani telah menceroboh dan selanjutnya menjajah tanah Melaka pada abad ke 16. Orang melayu mulanya menggelar askar penjajah tersebut benggali puteh, yang mengingatkan mereka kepada pedagang Bengal tetapi dengan kulit cerah. Kemudian, masyarakat melayu menggelar mereka serani, asalnya dari perkataan nasrani iaitu pengikut jesus. Ketika zaman penjajahan oleh tentera portugis itu, wanita-wanita portugis telah dilarang dari mengikuti ekspedisi penjelajahan pelayar dan tentera kaum lelaki mereka memandangkan kepercayaan karut marut yang tidak membenarkan kaum wanita di atas kapal. Kerajaan portugis selanjutnya telah menggalakkan pelayar, penjelajah dan tentera mereka untuk mengahwini wanita tempatan di bawah polisi di tetapkan oleh Afonso de Albuquerque, pemerintah India ketika itu. Pada tahun 1604, sebanyak lebih kurang 200 perkahwinan campur telah direkodkan k

Timer Dan Pemasanggan

PEMASANGAN TIMER (SMK2 LA5) Salam Semua.. Timer yang saya gunakan adalah berjenama HAGER EH711, 240v, 50Hz dan boleh mengawal masa selama 24jam. Cara Memasang dan Litar Pendawaian Litar pada bahagian luar timer Kaki sambungan pada bahagian dalam timer 1. Pada bahagian luar timer tersebut, tertera 5 kaki sambungan untuk timer (manual disediakan dalam kotak bila dibeli). Kegunaan kaki sambungan timer adalah seperti berikut. - Kaki 1 & Kaki 2 - untuk sambungan ke main timer (salah satu wayar hidup dan satu lagi wayar neutral) - Kaki 3 - Sambungan sedia tutup ke beban ( normally close ), kaki 3 ini di sambungkan ke beban untuk keadaan asal beban akan hidup. - Kaki 4 - Kaki sambungan utama untuk memberi kuasa kepada beban. Biasanya kaki 4 ini akan disambung dengan wayar hidup dari sambungan utama (sama ada kaki 1 atau kaki 2 yang disambungkan dengan wayar hidup) - Kaki 5 - Sambungan sedia buka ke beban (normally open), kaki 5 ini di sambungkan ke beban untuk keadaan asal beban aka

Panduan Buku Log Elektrikal

Panduan Buku Log Buku Log adalah buku catatan untuk ‘merakam’ kerja – kerja yang telah kita lakukan. Untuk memduduki ujian kompentensi PW1, PW4, AO, A4, BO, B4, kita perlu menyediakan buku log kerana ini merupakan salah satu syarat yang telah ditetapkan oleh pihak Suruhanjaya Tenaga (ST). Kolum F ( PENGAKUAN – iv ) Borang Permohonan Peperiksaan Kekompetenan elektrik ada menyebutkan perkara ini. Buku Log bukan sahaja untuk rujukan kita pada masa – masa akan datang tetapi juga untuk menunjukkan sejauh mana pengalaman dan pemahaman kita tentag kerja – kerja yang telah kita buat. Maka, setiap Buku Log perlu ditulis dengan kemas. Sebagai contoh, saya akan ulas di sini penyediaan Buku Log untuk Penjaga Jentera Elektrik. Jika anda adalah pelatih / penuntut di mana – mana pusat latihan kemahiran seperti IKM atau ILP, anda memang telah disediakan Buku Log. Bagi calon persendirian, mungkin artikel ini boleh membantu. Pada beberapa muka surat pertama, tuliskan biodata seperti N